SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Friday, April 30, 2010

Ingin Aku Menjadi Tetamu-Nya...

Assalamualaikum.

Al-yauum, 30 April 2010. Ghodan sudah 1 Mei 2010. Bertambah lagi umur saya. Semakin dekat masa untuk bertemu Pencipta, Pemilik dan Penguasa. Masjid Al-Haram merupakan sebuah masjid yang terdapat di dalamnya ka'bah yang menjadi qiblat umat Islam di seluruh dunia.



Pada setiap tahun, jutaan umat Islam membanjiri tempat yang mulia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Perasaan ingin benar menuju ke sana timbul apabila Abang Zaki dapat pergi ke Baitullah untuk menunaikan haji bersama-sama abah. Mungkin saya masih belum mampu untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 itu. Tetapi emak kata biarlah tunaikan 'umrah dulu untuk mengetahui bagaimana cara dan suasana tawaf dan sa'ie. Bagaimana agaknya suasana mengelilingi ka'bah tersebut??? Ingin saya melalui pengalaman yang teramat berharga itu. Namun, 'ilmu saya masih cetek. Walau bagaimanapun, kita mesti belajar. Belajar untuk menjadi Muslim yang lebih baik. Belajar untuk menjadi umat Islam yang tinggi pengetahuannya supaya dapat mengembalikan zaman kegemilangan Islam agar gah di mata dunia. Marilah kita sama-sama berdoa agar dapat menjadi tetamu Allah sebelum dijemput bertemu dengan-Nya. Insya-Allah.

Saturday, April 17, 2010

Don't Give Up Easily!!!

Assalamualaikum.

Teringat saya ketika saya dalam darjah enam. Ketika itu selepas pulang dari sekolah. Kira-kira pukul enam petang, saya buat kerja rumah di dalam bilik bacaan. Dalam masa yang sama, Adik Asyraaf yang ketika itu berusia enam tahun menonoton VCD Ultraman Mebius dalam versi English. "Volume" televisyen itu agak mengganggu tumpuan saya. Saya terdengar dialog "Don't Give Up Easily" daripada Ultraman Mebius tersebut. Saya pergi kepada Adik Asyraaf dan memintanya mengulangi babak tersebut. Seorang pemuda yang akan bertukar sebagai ultraman telah tertimbus dalam runtuhan bangunan yang dimusnahkan oleh raksasa. Pemuda tersebut sangat lemah. Sementara itu, raksasa terus bermaharajalela. Pemuda tersebut terus bangkit dan bertukar menjadi ultraman. Raksasa itu terkejut kerana pemuda itu masih mampu menjadi ultraman. Ultraman mengatakan kepada raksasa itu, "Don't Give Up Easily".

Apa yang saya dapat daripada cerita ini ialah seseorang tidak boleh cepat berputus asa kerana akan mendatangkan kerugian. Apa yang akan terjadi jika pemuda tersebut mengaku kalah??? Sudah pasti banyak penduduk yang terkorban. Saya sering mengingatkan kepada diri saya supaya jangan mengalah dengan bisikan syaitan. Jangan pedulikan kata-kata yang langsung tidak membina. Jangan hiraukan kata-kata yang menjatuhkan semangat untuk berjaya. Namun, kadang-kadang saya tewas. Tidak mampu melawan semua ini seorang diri. Diri ini sangat memerlukan pertolongan dari-Nya.

Kemampuan seseorang bukan bergantung kepada kekuatan fizikal tetapi kepada semangat yang tak pernah luntur. Bagaimana umat Islam hari ini akan berjaya jika tidak mempunyai semangat yang kental??? Ya, semangat ini adakalanya naik adakalanya turun. Oleh itu, saudara seagama mestilah sentiasa menyuntik semangat kepada saudaranya yang lain agar dapat mengecapi manisnya nikmat kejayaan bersama-sama.

Teringat pula akan fe'el abah saya. Apabila kami adik -beradik berkumpul dan salah seorang daripada kami berjaya, beliau akan memberi kata-kata perangsang dan menyuntik semangat baru kepada kami. Beliau sering menceritakan susah payah hidup pada zaman dahulu. Beliau menceritakan bahawa beliau pernah makan nasi kosong yang dituangkan kopi ke atasnya. Namun, kini beliau mampu tersenyum dengan kejayaannya yang amat membanggakan sebagai seorang pengarah syarikat dan juga petani yang berjaya. Saya berharap saya dapat menjadi seorang yang gigih dan bersemangat seperti abah suatu hari nanti. Insya-Allah.