SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Monday, October 24, 2011

Mengintai Ruang Insaf.

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsikan dgn pembaca sekalian sesuatu yang mungkin menarik buat santapan rohani kalian. Insya-Allah. Saya teringat semasa kelas bahasa Malaysia ada sesi pembentangan KOMSAS, Antologi Harga Remaja, Tingkatan 4. Ketika itu, giliran kumpulan saudari Izzati Saufi mengadakan pembentangan, iaitu sajak yang bertajuk Mengintai Ruang Insaf, karya Shukri Abdullah. Menarik juga melihat mereka bersajak. BERSEMANGAT. Inilah petikan sajak tu:

Mengintai Ruang Insaf

Semakin berat kejahilan
terpikul di bahu
semakin jauh perjalanan
memburu nur-Mu.

Sewaktu berlari di padang hidup
kerap kakiku tersadung selirat akar
tubuhku tercalar duri pidana
pada samar kejauhan
ancala mulia makin kabur
dan menghilang.

Sekadar songsong aksara kata
tanpa kembali ke tunjang makna,
"Apakah dalam sarat khilaf
masih terbuka ruang untuk
dianugerahkan keinsafan?"

Rabb,
moga pintu taubat-Mu terbuka
sebelum api dari bara itu menyala.

SHUKRI ABDULLAH.

Emm.., terasa sayu juga hati kecil ini tatkala mendengar sodiqootii mendeklamasikan sajak ni tempoh hari. Sajak ini bertemakan keinsafan seseorang yang bermuhasabah diri atas kesilapan yang dilakukan dan keinginan untuk bertaubat. Mengenangkan diri yg sarat dgn dermaga dosa dek kerana kejahilan dan kealpaan, apakah masih terbuka ruang taubat utk kita??? Sudah semestinya. Selagi masih ada ruang keinsafan dlm diri kita, selagi itu kita masih punya waktu sebelum saat Israfil meniup sangka kala. Semoga diri kita tidak pernah lupa untu senantiasa mengintai ruang insaf dalam perjalanan menuju redha Yang Maha Esa. Insya-Allah.