SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Tuesday, January 24, 2012

Daku Ditauliah? Adilkah utk Mereka?

Asalamualaikum.
Semoga para pembaca berada di lembayung rahmat Pencipta.

Sepatutnya saya mem'post' tajuk ni minggu lepas sempena Majlis Pentauliahan MKP. MKP??? Apa tu? Ya! MKP tu pengawas. Madrosatii menggantikan pengawas dgn Majlis Kepimpinan Pelajar. Gah kan!!??? Megah kan!!??? Namun bernilaikah MKP yg ditauliah? Berkualitikah diri ini? Mampukah daku melaksanakan amanah yg tergalas di bahu? (b'monolog sendiri).

Organisasi MKP 2012 ini 'jadikan saya antara yg berada di atas. Penolong Ketua Pengawas. "Wahai Allah! Mampukah aku?" Ukhtii Rozainah merupakan ketua saya yg saya kagum akan kewibawaannya. Semoga organisasi MKP tahun ini semakin mantap. Insya-Allah. Mari kita hayati setiap bait nasyid ini:

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliyah yg menyesatkan
Bila nur al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhaanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yg tak berupaya
Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan
Di malam yg hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Di basuh dgn airmata
Memohon keampunan Tuhan
Engkau khalifah berjiwa hamba mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia...
Mulia hidup b'sulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi
Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Kubimbangi dialah diriku...


Itulah peribadi Umar al-Khatab. Seorang pemimpin yg berwibawa. Byk kisah yg kita dengar ttg beliau yg mesti dijadikan panduan dan iktibar dlm hidup kita fii ad-dunya wa al-akhirah.

Apabila seseorang pemimpin itu berlaku adil, dirinya tidak perlu dikawal rapi oleh polis dan sebagainya. Begitu juga Umar amat prihatin akan rakyatnya. Sanggup menanggung sendiri gandum utk diberikan kpd rakyatnya yg dlm kelaparan.

  • Wujudkah sifat-sifat ini dlm diri MKP yg begitu gah namanya pada pandangan manusia?
  • Berasa adilkah pelajar SMKAP berada di bawah organisasi ini?
  • Atau hanya sekadar menerima watikah pentauliahan dan akan diberi pula sijil penghargaan pada penghujung 2012 yg langsung tiada nilai di sisi-Nya?
Persoalan-persoalan inilah yg sentiasa berlegar di minda ini.

Saya harapkan agar saya kuat utk hadapi semua ini sebelum melangkah keluar ke dlm masyarakat yg sudah pastinya lebih sarat dgn onak dan duri. Semoga kami para pengawas mampu memikul amanah yg dipertanggungjawabkan dgn sedaya upaya agar beroleh keredhaan-Nya di dunia jua akhirat. Insya-Allah.


Monday, January 23, 2012

Bukan Mudah Namun Tak Mustahil.

Assalamualaikum.
Semoga pembaca sekalian drahmati Allah.

Lama x mejengah ke blog ini. Masa yg ada apalah yg saya buat? "Ampunkan aku ya Allah andai aku tidak mensyukuri nikmat masa yg Engkau berikan".

Kem naqibat telah berakhir dan sudah pastinya meninggalkan byk impak positif dlm diri ini. Semoga diri yg kerdil ini cukup kuat utk mendekati mad'u yg telah diamanahkan. "Allah, kau bantulah hamba". Kem tersebut lebih ke arah utk m'bentuk jati diri para naqibat. Agar kmi x terus dibuai lena yg panjang tatkala saudara seakidah yg lain telah bergelar syuhadak.


Melihat video ini, terbit rasa bersalah dlm diri ini. "Wahai Allah, mampukah diri ini mengembalikan semula kegemilangan deen-Mu?" Umat Islam merupakan khaira ummah utk menyeru kpd kebaikan mencegah kpd kemungkaran. Mampukah diri ini? Semoga usaha kecil para naqibat utk m'bimbing adik-adik usrah dpt menyumbang sesuatu kpd Islam.

"Wahai Allah, jauhkanlah kmi drpd sifat cinta akan dunia dan takut kan mati. Sebaliknya ya Allah, tanamkanlah dlm diri kmi utk b'gelar syuhadak di sisi-Mu". Islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya. Semoga jiwa anak-anak muda tidak akan lumpuh dek kebejatan moral kini, sebaliknya sedar dan terus bangkit utk mendaulatkan deen Ilahi supaya kembali menyinar. Insya-Allah.