SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Friday, May 23, 2014

Buat Pilihan.

Bismillah.
 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

para pembaca yg saya hormati,
adik2 lepasan spm yg baru tahu keputusan upu, matrik, form 6 masih dlm dilema nak buat pilihan??  :)

baiklah, berdasarkan tajuk, hari ni saya nak kongsi tentang buat pilihan
konteks seorg anak:
sebagai seorg anak, pada saya kita ada pilihan. Pilihan mcm mana tu?
ya lah, bagi saya terpulang kpd kita nak pilih jadi anak yg baik atau tidak, nak tolong parents atau tidak. Setuju tak kita ada pilihan tentang tu? :)

apa pilihan hidup kita??

konteks seorg pelajar:
klu cerita tentang student pula, mesti la nak cemerlang, nak cemerlang, nak cemerlang, lulus saja.
kita pun boleh pilih nak lulus atau gagal.

Bagaimana pula konteks seorang insan di muka bumi???

Mahu tak mahu, kita mesti menerima hidup kita penuh dgn pilihan. Byk pilihan yg kita mesti buat dlm hidup. Dari sekecil-kecil perkara hingga kpd perkara yg besar!

Apa contoh perkara kecil?
ya, kita blh pilih nak mkn mee goreng atau nasi lemak sebagai sarapan. Betul kan?

Dan apa pula contoh perkara besar?
bagi saya, pemilihan pemimpin dlm pilihan raya merupakan satu benda yg besar yg mesti kita buat pilihan calon mana yg nak memimpin. Setuju tak?


dan bagaimana pula dgn ini?? adakah kita boleh memilih???

1. Sihat sebelum sakit
sihat dan sakit drpd Allah.
Sihat nikmat dari Allah, sakit ujian-Nya.
Apakah kita ada pilihan?
ya! kita boleh berusaha utk menjadi sihat!
bagaimana pula yg terlantar sakit??
sudah semestinya! kita ada pilihan utk berusaha dgn berubat!
tapi, kan mencegah lebih baik drpd mengubati? :)

2. Muda sebelum tua
saat muda usah terlalu bergembira, kita ada pilihan kan? terpulang kpd anda!
maut tak kenal usia
ibu bapa kian tua
bila lagi nak bahagiakan mereka??
kita ada pilihan, terpulang kpd anda!

3. Kaya sebelum miskin
kita boleh pilih nak kaya or miskin
nak kaya, usaha lebih,
tatkala berada di atas, jgn lupa mereka yg memerlukan dan layak menerima bantuan.

4. Lapang sebelum sempit
saat diri bersenang lenang, itu pilihan!
kita yg memilih sama ada nak sibukkan diri dgn benda2 yg memberi manfaat kpd diri dan masyarakat atau hanya bergoyang kaki tanpa matlamat dan impian..
pilihan kan??
terpulang kpd anda!

5. Hidup sebelum mati
dlm soal ini.
kita boleh pilih nak mati dlm keadaan baik atau tidak.
bergantung kpd pilihan yg kita buat semasa hidup!!

so, anda sudah buat pilihan???
berubah kpd org yg lebih baik dlm semua aspek, attitude, gaya hidup, pemakanan dan semua aspek!

INGIN PILIH SARAPAN YG LEBIH SIHAT???
BUAT PILIHAN SKRG !!
ASK ME HOW!!!






Saturday, May 10, 2014

I'm Back!!!

Bismillah.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

kenapa tiba2 keluar gambar terminator ni? hehe


baiklah, setahun lebih penulis menyepi dari penulisan ini.
memang bersarang dan berhabuk..
dah kemas kini sikit2..

apa khabar kalian?
moga2 sentiasa sihat dan dlm redha-Nya serta ceria selalu.. :)

doakan saya istiqomah dan konsisten utk terus menulis, berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan secara sihat di dunia teknologi ini.. 
cukup dulu utk hari ni. 

salam buat pembaca yg budiman...:)

Thursday, April 11, 2013

SPM dan kesudahannya...?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malam ini, berdasarkan tajuk, kalian boleh agak tak apa yg bakal saya kongsikan?

Tanggal 21 Mac baru-baru ni, keputusan SPM 2012 telah diumumkan. Jika dulu semasa PMR 2010, abah turut sama ke sekolah tapi kini, hanya dgn mak nak tahu keputusan. Dah sampai tu, saya teringat dulu ustazah Pend. al-Quran dan as-Sunnah kata masa utk bertawakkal ialah semasa dtg ambil keputusan. Tika itu, penulis hanya berserah tanpa menafikan perasaan gelisah masih ada. "Ya Allah, engkau berilah ketenangan padaku biar apa pun keputusannya nanti", monolog penulis.

Lantas, kegelisahan terungkai. Pengetua umum pelajar yg dpt 11A. Dan saya tak tersenarai. "Tak apa", kata hati. Kemudian, pelajar yg mendapat 8A dan ke atas diumum seorang demi seorang. Dan Alhamdulillah, nama penulis dipanggil dan naik bersama-sama bonda ke pentas. ~Peace~ (tangkap gambar).

Saya turun dan ke belakang pentas, dan lihat pa yg tak A. Ya, subjek yg dulunya B semasa percubaan, Biology, English dan Physics. Dan yg dulunya B kini A, Chemistry! Lantas teringat kpd cikgu Aisyah, JUSA C. Syukur kpd-Nya. Saya kembali di sisi mak. Meneliti slip itu. Oh, baru perasan sedar A- rupanya. 4A+, 4A, 2B+ dan 1B. Kata mak, result tu elok la sebab tak dak A-, namun riak-riak kekecewaan saya sedra di wajah mak. Mungkin sebab saya kurang berjaya dpt semua A.

Ada lagi yg menyentap saya di slip itu.., Allahuakbar! Pend al-Quran & as-Sunnah dan B. Melayu tidak A+. Saya agak ralat dan kecewa di situ. Namun, apa yg boleh saya buat... Syukurlah seadanya..

Kemudian pelajar yg dpt 8A dan ke atas diminta ke pentas utk mengambil gambar.. ~peace~

Saya berjumpa dgn guru add math tunjuk slip kepadanya. Saya berasa gembira dpt hadiahkan A+. Guru itu tersenyum.

Kaki terus mengatur langkah berjumpa dgn guru physic. Ah, air mata bergenang kerana saya hanya B utk subjek itu! Namun, beliau pujuk dgn kata-katanya, "I know you have try your best, perjalanan masih jauh, kalau sekolah lain keputusan ni dah cukup baik cuma kat sini mungkin you nak compete dgn kawan-kawan. Semoga kamu berjaya kat luar. Jangan sedih sangat".

Kemudian penulis turun dari pentas dan berjumpa guru BM. Cikgu! Ah, air mata bergenang lagi x dpt hadiahkan A+. Sungguh, saya dpt rasakan cikgu sedikit kecewa. "Maafkan saya cikgu", monolog hati ini..

Saya jumpa dgn guru Biology. Ucapan tahniah saya rasakan agak hambar kerana hnya B+ utk subjek itu, adakah layak utk saya sambung perubatan, rezeki Allah tiada siapa tahu.

............................................................................................................

Saya tahu, walaupun mak tersenyum, ada juga riak kekecewaan pada wajahnya. Itulah yg saya bimbangkaan sebelum ini. Bagi saya, insya-Allah saya akan terima, cuma saya bimbang individu yg saya sayang berasa hampa. Walau bagaimanapun, saya tak nafikan perasaan sedih, ralat dan kecewa saya. Namun, saya dah tak boleh buat apa-apa. Itulah keputusan yg telah Allah tetapkan setimpal usaha saya. Mungkin keputusan itu yg Allah redhai. Mungkin jika saya dpt semua A, saya bongkak dan riyak lantas tidak mahu utk terus berusaha. Mungkin masih belum cukup usaha. Mungkin balasan atas dosa-dosa saya sebagai insan yg lalai ini. Mungkin saya cepat berputus asa dalam berusaha. Banyak hikmah di slip keputusan SPM itu.

Utk dpt 11A tidak mustahil. Saya tak nafikan itu. Dan saya dpt rasakan saya bukannya gagal tetapi saya cepat berputus asa utk tiga subjek B itu. "Ya Allah, engkau berikanlah aku pengajaran dan iktibar moga aku tidak lagi cepat berputus asa utk masa akan datang".

Suka juga utk saya kongsikan di sini apa yg guru Pend. Syariah Islamiyah pernah tuturkan. "Ustazah tak bangga kalau kamu A+ Syariah tapi berakhlak mazmumah. Biar B pun tak pa asalkan dia baik. Yang terbaiknya biarlah dua-dua A+(akademik dan akhlak).

Oleh sebab itu, biarlah saya tak A+ dalam bahasa Malaysia, namun saya mampu menggunakan bahasa itu dgn baik dlm kehidupan, pertuturan dan penulisan ini. Biarpun saya tak A+, tinta-tinta ini akan terus mekar dgn bahasa ibunda. Jangan sekadar A+ dalam bahasa Malaysia, namun kadang-kadang lebih orang putih dari orang putih. Bahasa sms terus digunakan hingga menyukarkan utk difahami, lantas mencemarkan bahasa kebangsaan.

Biarlah saya tak A+ dalam Pend. al-Quran & as-Sunnah, namun hukum-hukum tajwid yg dipelajari boleh diamalkan. Adab-adab dipraktikkan. Hadis-hadis dijadikan panduan moga tak terjerat dgn hadis palsu kelak.

Biarlah saya tak A+ Sejarah. Namun mampu menghayati perjuangan Tok Janggut dan pejuang-pejuang kemerdekaan lain. Tahu apa itu raja berpelembagaan dan apa itu negara demokrasi. Jangan A+ Sejarah, namun belum merdeka pemikiran dan mentaliti yang masih dijajah budaya Barat.



Hayatilah lirik di atas. Tak kira apa:


  • KEJAYAAN
  • KEPANDAIAN
  • KEKAYAAN
  • KECANTIKAN
  • KEMEWAHAN
Dan BAAAAAAAAAAAANYAK lagi, semuanya Allah yang punya, Pemilik Segala, andai DIA tarik semua, kita tiada apa-apa. Syukurlah wahai diri. Pada saya, cukuplah hadiah rasa kesyukuran daripada Allah sebagai hadiah untuk kejayaan ini. Moga-moga, SPM ini bukanlah kesudahan, bukanlah penamat, bukanlah penghalang, bukanlah alasan untuk kita berhenti menjadi hamba yang berusaha di muka bumi yang sementara ini. Insya-Allah.




Monday, April 1, 2013

PLKN.

Bismillah.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca yg budiman.

Lama blog ini tidak bertinta. PLKN sudah. Keputusan SPM pun sudah. Kini, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman penulis sepanjang bergelar wirawati Program Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Tasoh, Beseri, Perlis. Pelbagai pandangan serta tanggapan yg dilemparkan kpd PLKN. Penulis akui aktiviti2 yg terdapat dlm PLKN baik dan tepat utk melahirkan generasi penggerak dan penerus kemajuan negara. Oleh itu, suka utk saya kongsikan pandangan serta pendapat yg boleh dijadikan pedoman dan panduan dlm meniti hari-hari mendatang.

CATATAN 1:

Saat tiba di Kem PLKN Tasoh, hati bermonolog sendiri, apakah episod2 yg bakal dilalui yg berbeza drpd iklim di sekolah dulu yg dulunya sama agama, sama kaum, sama jantina tapi kini berlainan agama, berlainan kaum dan berlainan jantina, tapi satu yg sama, rakan taulan di sini, kita RAKYAT MALAYSIA.


~di sini pengalaman tercipta~


CATATAN 2:

Kami dibekalkan pakaian khusus utk para pelatih PLKN utk dikenakan sepanjang bergelar wira dan wirawati. Gelaran yg telah diberikan kpd para pelatih. Wira dan wirawati. Pada saya, gelaran itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab yg perlu disedari dan digalas oleh setiap pelatih utk menjadi rakyat Malaysia   yg mampu merealisasikan rukun negara yg acap kali diikrarkan.

CATATAN 3:

Pagi kami bermula dgn senaman pagi lengkap berpakaian sukan yg dibekalkan setelah pelatih muslim menunaikan solat subuh. Jam 6:30 pagi, kami perlu bersegera/berkejaran ke padang kawad utk aktiviti itu. Sungguh, senaman fizikal seperti lompat bintang, sit up, tekan tubi adalah utk membina kekuatan fizikal bagi menghadapi apa-apa jua cabaran seperti menghadapi musuh demi mempertahankan negara (ini pandangan utk hadapi masa depan).

CATATAN 4:

Aktiviti multi-skill: Para pelatih perlu menghadiri kelas pembinaan karakter (CB) dgn segak berpakaian kemeja berseluar slack. Dan pertama kali penulis memakai kasut tumit tinggi. Saat2 awal mengenakan pakaian itu, secara peribadinya, penulis berasa amat tidak selesa, kaki sakit, hehe.. Namun, sebagai manusia yg perlu menjalani latihan di PLKN, try to think positive! Hari2 yg dilalui akan meninggalkan pengalaman yg indah.

CATATAN 5:

Tak dinafikan, tatkala melangkah masuk ke kelas CB, perasaan bercampur baur, malas, bosan, teruja dan sebagainya. Sebagai pelatih malah, utk menjadi wira dan wirawati yg sebenar dan sejati, fizikal dan mental perlu dihadirkan di dalam kelas. Dlm kelas CB ini, para pelatih difokuskan utk 2 aspek, menampilkan yg terbaik dlm diri sendiri dan menampilkan yg terbaik dlm diri org lain. Dah tamat latihan ni, suka utk penulis tanya pada diri, adakah aku dah berjaya utk menampilkan yg terbaik dlm diri ini biarpun sedikit? Apa yg terbaiknya? Pelatih didedahkan supaya mempunyai sifat tanggungjawab, tahu membuat pilihan dlm hidup, nilai kepercayaan kita kpd diri dan org lain. Dan apa pula faedah modul ini digarap? Pada fikiran saya, hal ini adalah tidak lain tidak bukan utk melahirkan warganegara Malaysia yg tak kira agama atau kaum yg mempunyai nilai-nilai positif dlm diri. Utk apa nilai2 ini perlu diterapkan? Cuba kita bayangkan, apa yg akan terjadi kpd negara jika negara ini ditadbir atau dipimpin oleh individu2 yg ketandusan moral malah nilai2 negatif pula mengambil tempat dlm diri seseorang manusia seperti tidak bertanggungjawab, tidak berintegriti, tidak ada daya saing, mengabaikan agama (tak kira agama apa pun), mengabaikan kesihatan dan keselamatan diri (merokok, merempit), goyah jati diri dan seumpanya? Itulah realitinya kini. Sebab itulah PLKN diperkenalkan kpd remaja. Sebab, remaja nilah yg bakal menerajui takuk pemerintahan negara kelak. Sedarlah wahai diri...!



CATATAN 6:

Hampir sebulan seingat saya dlm kelas CB termasuk modul budaya kerja (BK) dan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PKRS). Ingin saya kongsikan pandangan tentang modul BK. Jika para pelatih benar2 fokus, sungguh cantik pengisiannya. Hal ini adalah disebabkan para pelatih didedahkan dgn alam pekerjaan nanti. Betapa pentingnya 10 ciri budaya kerja yg patut diterapkan dlm diri utk menjadi seorang pekerja yg produktif demi menyumbang sesuatu kpd negara dlm pelbagai sektor. Begitu juga dgn modul PKRS. Apa yg boleh saya katakan di sini, pengisiannya amat molek bagi remaja yg mempunyai daya inkuiri yg tinggi dan disalurkan kpd perkara yg betul sahaja. Semua ini sebagai persediaan bagi menghadapi keadaan dunia luar yg begitu mencabar kredibialiti diri, maruah serta jati diri sama ada teguh atau goyah. Tepuk dada tanya selera.~

CATATAN 7:

Tamat kelas CB, bermula pula kelas kewarganegaraan (KN). Kelas KN ini adalah tidak lain tidak bukan adalah utk memupuk semangat patriotisme dlm kalangan remaja. Setelah kenali diri dlm CB, para pelatih didedahkan dgn apa itu tanah, apa itu rakyat, apa itu kerajaan dan apa itu daulat. Para pelatih ditekankan supaya berusaha menjadi bangsa pencipta, mencipta produk2 yg mampu bersaing dgn produk keluaran negrara lain di pentas dunia. Sebagai rakyat Malaysia, sudah sepatutnyalah kita tahu melalui sistem apakah kerajaan negara kita dibentuk. Bagi saya, amat malanglah bagi remaja 18 tahun tambah2 lagi yg telah tamat PLKN tidak tahu proses pilihanraya, tidak tahu apa itu daulat. "Apa yg perlu disibukkan, kita remaja, masa utk berseronok". Adakah itu antara dialog yg sering kita lafazkan? Pada saya, mengapa perlu dan patut kita tahu, adalah disebabkan kita rakyat Malaysia yg akan mengundi apabila mencapai umur 21 tahun. Mengapa perlu mengundi? Utk memilih kerajaan apakah yg bakal memimpin kita sebagai rakyat. Akan calarlah kedaulatan sebuah negara jika ditadbir oleh pihak yg tidak bertanggungjawab yg dipilih oleh individu2 yg tidak bertanggungjawab. Oleh itu, suka utk saya seru kpd diri ini dan kalian para pembaca agar sedar bahawa kitalah yg bakal menjadi pemimpin, menerajui negara ini dgn secemerlang mungkin supaya nama MALAYSIA megah di pelosok dunia. Usah leka wahai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara~



~akulah penyambung warisan~


CATATAN 8:

Modul fizikal: Secara peribadi saya suka aktiviti berenang kerana byk kelebihannya. Tak kurang juga dgn menembak. Dan antara yg ingin saya teruskan ialah tempur tanpa senjata. Para pelatih diajar asas seni mempertahankan diri (taekwondo). Jika diizinkan-Nya, saya ingin meneruskannya di universiti. Seni mempertahankan diri amat penting memandangkan keadaan persekitaran yg kurang selamat khususnya kaum wanita. Begitu juga dgn aktiviti lain seperti ikhtiar hidup. Tatkala bersendirian, saya cuba bayangkan bagaimanakah saya perlu survive andai ditakdirkan diri ini tercampak ke mana2 hutan dan sekurang-kurangnya, input yg saya dpt, mampu dipraktikkan. Kembara halangan yg menguji sejauh mana mental dan fizikal kita kuat menghadapinya.

Cukup byk utk saya kongsikan. Tapi, apa yg ingin saya katakan di sini, cubalah positive dgn aktiviti2 di PLKN. Pengalaman di sini mampu dijadikan panduan tatkala kita keluar kpd masyarakat nanti.

Sejujurnya, mengalir juga manik2 jernih di pipi apabila melangkah keluar dari kem itu. Bukan apa, sedih meninggalkan tempat dan pengalaman yg menjadikan diri ini kuat dan tabah serta menjadi satu platform bagi membiasakan diri dgn bermacam-macam ragam manusia. Di situlah, penulis belajar erti ikhlas, tabah, kuat, rindu, kasih dan sayang serta cinta kpd diri, keluarga, masyarakat, agama, nusa dan tanah air. Begitu juga dgn staf-staf dan para jurulatih yg telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kpd para pelatihnya. Doa penulis semoga kalian terus dipayungi rahmat oleh Allah dan terus teguh berdiri di bumi tasoh itu dgn keikhlasan kalian membentuk peribadi dlm kalangan anak2 muda. Sekian dari saya, mantan wirawati delta Fatin Nur Afiqah binti Rosdi.



Wednesday, January 2, 2013

Sebelum ...

Bismillah.

Beberapa jam lgi saya akan bertolak utk PLKN,

Semoga saya dpt memanfaatkan masa selama 2 bulan setengah di sana. Dpt menambah pengalaman diri.

Ilmu dpt ditimba bagi memperkasakan diri ini.

Menambah kenalan, mengeratkan tali persaudaraan, memupuk perpaduan, membina kesatuan utk berbakti kpd negara.

Semoga diri ini mampu berubah ke arah yg lebih baik utk menjadi hamba yg diredhai-Nya, memacu perubahan demi masyarakat, bangsa dan negara. Insya-Allah.

Sunday, December 30, 2012

Catatan Hujung Tahun...

Bismillah.

2012 bakal melabuhkan tirainya. Terlalu byk peristiwa utk diimbaskan di sini. Pahit getir perjuanganku sebagai pelajar terakam sudah sebagai lipatan sejarah yang tidak akan menipu. Semoga suka duka yg telah aku lalui bakal mematangkan diri bagi menembuh cabaran globalisasi.

Semoga hari2 yg bakal ditempuh, diiringi iltizam yg jitu dgn matlamat mencari redha Sang Pencipta.

Ubah sikap diri, mentaliti minda agar sama-sama mengecap nikmat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kita tidak harus lupa, hidup bukan kat dunia ja, akhirat lebih kekal abadi dan disanalah tempat semua perbuatn kita di dunia diganjari dan dibalasi.

Tidak kira siapa diri kalian, remaja, pelajar, anak, bapa, ibu tunggul, menteri, presiden, perdana menteri, isteri VVIP, penoreh, nelayan, pelakon, dan siapa saja kalian di dunia ini, itu tidak menjamin kebahagiaan di akhirat nanti. HANYA KETAKWAAN KEPADA ALLAH yg membezakan kita.

Dunia makin tua. Usia makin singkat. Usah hanyut dgn dunia, wang, pangkat, wanita dan bermacam bentuk habuan dunia yg byk memperdayakan.

Sebelum undur diri, penulis harap diri ini akan bertambah matang dan tabah menghadapi kehidupan yg baaanyak ujian. Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi kita. Insya-Allah.

Sunday, December 9, 2012

Seringkas mungkin...

Salam buat pembaca sekalian. Moga dalam rahmat-Nya...

Lama saya tidak ke blog ini. Alhamdulillah, habis sudah SPM. Namun, tidak bermakna berakhirnya perjalanan seorang hamba yg berusaha di muka bumi ini.

Konsep tawakkal ialah serah diri kpd Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Kini, jgn kau lupa wahai diri utk berdoa kpd Pencipta agar jawapan yg kau tulis diredhai-Nya, lantas diredhai si pemeriksa.

Dlm catatan yg ringkas ini, penulis ingin kongsikan sedikit episod semalam apabila berakhirnya kehidupan penulis sebagai pelajar sekolah.

Teringat kata-kata pengawas peperiksaan SPM setelah tamatnya kertas terakhir pada 5/12/2012~Pend. al-Quran & as-Sunnah.

Katanya: Ok, hari ni last pakai uniform sekolah, lepas ni dah nak masuk alam dewasa. Kami harap kami
               dapat jumpa lagi calon-calon di puncak kejayaan.

Sensitif juga diri ini tatkala mendengar kata-katanya yg saya anggap sebagai satu nasihat bagi menempuh dugaan yg lebih mencabar di luar sana, bergenang si air mata. Adakah aku cukup kuat menghadapi ujian mendatang??? Pasti! Ujian itu pasti! terpulang kpd setiap insan sama ada berusaha utk menepisnya atau biarkan diri hanyut ditimpa badai dan gelombang. Fikir-fikirkan wahai diri!!!

Engkau kian dewasa, umur semakin tua. Mesti semakin matang. Fikirlah secara beradab. Ada 3 adab berfikir yg telah saya pelajari.

  • berfikir menurut wahyu
  • berfikir mencari kebenaran
  • berfikir utk pembangunan umat

Cemerlang akademik tidak menjamin cemerlangnya kehidupan.
Cemerlang akademik cemerlang teorinya, cemerlang kehidupan cemerlang praktikalnya.
Hidup ini ibarat roda. Jangan lupa wahai manusia!

Saya yakin dan percaya, banyak suka dan duka, pahit dan manis yg telah dilalui oleh para pembaca sepanjang bergelar pelajar sekolah dan masih terpahat kukuh dlm ingatan atau mungkin juga masih segar dlm memori kalian. Semoga semua itu menjadi iktibar, panduan dan pengajaran bagi menghadapi kehidupan mendatang. Pengalaman itu guru yg terbaik.

Penulis rasa cukup sekadar ini dahulu. Jika dipanjangkan umur, kita kongsikan pengalaman atau bertukar-tukar pandangan. Insya-Allah. Barakallahufiikum.