SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, April 28, 2012

Sebelum Diuji...

Bismillah...
Assalamualaikum.

Saya kira ini merupakan tinta terakhir sebelum exam pada 2/5/12 ini. Kenapa perlu ada peperiksaan? Utk menguji kemampuan pelajar. Semalam, Hari Anugerah Permata di sekolah sebagai penghargaan buat pelajar cemerlang 2011. Saya sebagai pengerusi majlis amat berbangga dgn kejayaan pelajar dan guru bumi waqafan itu. Saya berazam utk memberi sumbangan kecemerlangan buat sekolah sebelum meninggalkan madrosah itu.
"Perkenankan Ya Allah".

Sebab-sebab saya perlu berjaya:

  • Sebagai tanda syukur kpd Pencipta yg memberikan pelbagai kemudahan dan kemewahan utk menadah ilmu-Nya yg amat luas. [tidak akan habis ilmu Allah jika diambil air laut sebagai dakwat utk menulis]
  • Sebagai usaha utk menjadi umat terbaik dan berguna kepada masyarakat. [umat terbaik yg menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dan manusia yg terbaik ialah manusia yg memberi manfaat kpd org lain]
  • Sebagai ganjaran buat mak dan arwah abah yg selama ini banyak berkorban utk anakmu ini. [buatlah baik kepada kedua-dua ibu bapa]
Pembaca sekalian,
Hakikatnya, masih ada 1001 sebab mengapa saya perlu berjaya. Pembaca juga perlu berjaya. Berjayalah dlm apa jua bidang yg diceburi. Kejarlah kejayaan yg diredhai Allah. Dan kejayaan mendapat syurga-Nya merupakan kejayaan yg abadi.

Marilah sama-sama kita berdoa dgn hati yg penuh tawadhuk agar Allah kurniakan kepada kita kejayaan yg sementara iaitu kejayaan di dunia ini dan juga kejayaan yg kekal iaitu di akhirat sana. "Ya Allah, berikan kejayaan kepada kami dalam ujian-Mu". Berikan kami  kejayaan dalam ujian-Mu, berikan kami kejayaan dalam ujian-Mu. Ameen Ya Rabbal 'Aalameen.

Saturday, April 21, 2012

Sedih.

Assalamualaikum.

Lama juga x jengah ke sini. Exam x lama lagi. Moga Allah permudah dan kuatkan diri untuk terus meniti puncak kejayaan.

Dalam perjalanan mencari kejayaan utk diri, kadang-kadang diri terasa cukup penat. Penat dgn masyarakat yg semakin tenat. Mengapa perlu buang masa fikirkan mereka? Buang masa? Oh, tidak! Sudah lupakah wahai diri, kau hidup di perhentian dunia ini utk mencari redha Ilahi? Penulis sering berkata pada diri, aku nak berbakti kpd masyarakat. Mana buktinya? Kita ialah umat terbaik utk menyeru kpd kebaikan, mencegah drpd kemungkaran. Buktikan wahai diri! Kelak kau akan dipersoalkan!

Penulis sebenarnya telah m'baca blog seorg kawan. Kawan sejak umur 6 tahun. Kami x lah terlalu akrab, namun masa kanak-kanak kami, byk dihabiskan bersama-sama. Bermain, belajar, gelak tawa, sedih duka, dan saya juga tahu salah satu lagu Inggeris darinya. Kami juga tinggal dlm qaryah yg sama. Namun, alam remaja amat mencabar kita. Mencari identiti yg sebenarnya. Kita ke madrosah yg sama dgn SATU tujuan. Mungkin. Meraih redha Pencipta.

Dalam usaha tercari-cari identiti itu, kau temui diri kau yg sebenar. Begitu juga diriku. Namun, mungkin ada sesuatu kenyataan yg kau x dapat terima dalam hidupmu. Lantas, kau ambil jalan salah dgn melupakan masalah itu. Kau hukum dirimu dgn kesalahan orang lain. Mengapa mesti begini wahai kawan?

Maafkan diri ini kerana biarkan dirimu hanyut tanpa bimbingan. Ampunkan aku Ya Allah! Tidak menyeru kpd kebaikan. Baru saat ini aku mengerti kenapa kau jadi begini. Namun, ketahuilah kawan, Allah menguji hamba-Nya b'dasarkan kemampuan. JANGAN kau berpaling dari-Nya. Dialah yg menciptakanmu. Dialah yg menciptakanku. Dialah yg menciptakan segala yg ada di langit dan di bumi.

Walaupun kini kami x berjumpa lagi, namun saya masih mengikuti perkembangannya. Hidayah itu milik Pencipta. Aku doakan kau sentiasa dlm perlindungan Allah dan jendela hati kau terketuk utk menerima ketenangan cahaya deen-Nya. Andai kita x dapat lagi bertemu di dunia yg sarat dgn ujian ini, kuberdoa agar kita dpt bertemu di sana dgn rahmat dari-Nya.

Pembaca sekalian,
Marilah sama-sama kita berdoa agar dikuatkan diri kita utk terus hidup di dunia ini dgn redha Allah. Ingat, mati itu pasti dan dirahsiakan waktunya. Muda atau tua. Bila-bila masa. Kita hanya dipinjamkan Rabb utk memakmurkan dunia agar Islam gemilang di seluruh pelosoknya. Amar ma'ruf nahi mungkar kpd sesiapa saja. Semoga Allah bantu kita. Insya-Allah.