SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, August 14, 2010

Indahnya...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini telah masuk 5 Ramadhan. Masih berbaki 5 hari lagi untuk 10 Ramadhan pertama yang terdapat padanya rahmat. Marilah kita beramal, berlumba-lumba dalam kebaikan seperti solat-solat sunat (tarawih, tahajjud, dhuha dan sebagainya), memberi sedekah, membaca serta memahami isi kandungan al-Quran, menuntut 'ilmu semata-mata untuk mendapat rahmat, redha dan pahala daripada-Nya. Insya-Allah.

Pada hari Jumaat baru-baru ini, telah berakhir peperiksaan percubaan PMR. Saya wa sodiqootii berharap agar memperoleh 9A seterusnya memberi keyakinan kepada kami untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan PMR yang akan kami duduki pada bulan Oktober nanti. Insya-Allah. Sebulan lebih sahaja lagi tarikh 5 Oktober (klu x silap) akan bertandang. Tolak tidur, makan, mandi, tengok tv, layari internet, lebih kurang seminggu sahaja lagi rasanya.
Walau bagaimanapun, persediaan menghadapi peperiksaan harus diteruskan untuk saya hadiahkan 9A kepada diri saya sendiri, mak dan abah serta pihak sekolah.

Bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Amat rugi bagi sesiapa yang hanya membiarkan Ramadhan berlalu tanpa mengisi dengan apa-apa amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. Saya amat berharap dan berdoa kepada Allah agar saya dapat bermujahadah melawan nafsu ini. Alhamdulillah, tarawih belum saya tinggalkan. Saya berazam pada tahun ini saya dapat khatam al-Quran tiga kali. Apalah sangat jika dibandingkan amalan saya dengan amalan Rasulullah dan para sahabat. Mereka hidupkan malam mereka dengan qiyaamullail, iktikaf di masjid, dekatkan diri kepada Allah. Sedangkan mereka telah dijanjikan syurga oleh Allah. Tetapi, saya??? Adakah saya telah dijanjikan syurga seperti mereka??? Allahu Akbar!!! "Ya Allah! Kau berikanlah aku kekuatan dan peluang untuk melalui Ramadhan dengan penuh keimanan, ketaqwaan serta keinsafan kepada-Mu agar aku beroleh keampunan, keredhaan dan rahmat daripada-Mu."

Saya ingin mengingatkan kepada diri saya sendiri dan saudara-saudara seagama saya agar mengambil peluang pada bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan kita yang tak seberapa ini. Semoga pada bulan ini kita dapat mendidik nafsu kita agar menjadi baik seterusnya beristiqomah melaksanakan amalan-amalan sunat sepanjang Ramadhan ini pada bulan-bulan yang lain. Insya-Allah.