SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Sunday, May 16, 2010

Perjuangan yang Belum Selesai

Assalamualaikum.

Pelbagai ujian yang menimpa madrosati. Masalah demi masalah yang memburukkan imej madrosah. Subhanallah. Bagaimanakah zaman kegemilangan dulu akan kembali bersinar??? Pelajar-pelajar bagai sudah tidak mempunyai rasa malu. Malu kepada Allah untuk melakukan maksiat. Teringat saya tazkiroh ustazah sebagai satu peringatan dan renungan bersama. "Orang kafir tidak tidur malam fikirkan cara nak musnahkan umat Islam. Orang Islam tidak tidur malam melakukan maksiat". Masya-Allah. Jika umat Islam masih lalai dalam dunia mereka sendiri, bagaimanakah masa depan agama Islam??? Masih adakah cara lain untuk mentarbiah anak-anak harapan agama ini??? Kita di sini masih boleh berbahagia di samping keluarga tercinta, sedangkan saudara-saudara Islam kita di Palestin menderita, mendengar muzik letupan bom, bermandikan darah dan hilang pergantungan. Hilangkah rasa kemanusiaan kita??? Kita masih boleh berdoa untuk mereka. Terbaiknya, kita bersama-sama mengangkat senjata mempertahankan deen Allah. Persoalannya, mampukah kita mempertaruhkan nyawa seperti mereka di sana???

Usia remaja memang sarat dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Pemikiran remaja yang belum cukup matang membuatkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Tanpa kawalan, mereka akan terjerumus ke kancah kehinaan atas kawalan daripada nafsu. Kita sememangnya perlu kepada iman untuk mengawal nafsu. Sifat malu merupakan sebahagian daripada iman. Apabila hilangnya rasa malu, seseorang akan melakukan apa sahaja. Ketika ini, nafsu menguasai dirinya. Na'udzubillahi min dzalik.

Di mana, di mana syabab-syabab pemimpin keluarga, negara yang kini kian pupus??? Bangkitlah wahai syabab sekalian, berjuang mengembalikan zaman kegemilangan, perjuangkan keadilan serta kebenaran dan musnahkan kebathilan serta kejahilan. Di mana, di mana srikandi-srikandi seperti Saidatina Khadijah, Fatimah Az-Zahra', Sumayyah, Ainul Mardhiah yang sanggup mengorbankan harta dan nyawa demi deen tercinta??? Mampukah kita seperti mereka??? Deen Allah telah banyak menolong kita. Apakah sumbangan yang kita lakukan untuk menolong deen yang suci ini??? Ayuh, syabab dan srikandi agama yang bernilai sekalian, marilah kita bangkit bersama dan bersatu tenaga berjuang untuk agama Islam sebagai saham ke syurga. Sesungguhnya, Allah bersama-sama kita. Insya-Allah.

Pengorbanan Mereka...

Assalamualaikum.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan satu peristiwa penting yang akan disambut di Malaysia. Guru, Teacher atau Al-Mu'allim membawa maksud yang sama. Tanpa mereka, tiada peguam menang bicara, tiada penulis terkemuka, tiada perdana menteri berkuasa. Pengorbanan mereka cukup besar demi melahirkan permata-permata yang bernilai yang bakal menjadi pemimpin negara kelak. Sejauh mana kita menghargai kegigihan mereka menyampaikan 'ilmu??? Pada pandangan saya, setiap guru akan berbangga jika anak-anak pelajar yang mereka didik, berjaya dengan cemerlang dari aspek akademik dan juga sahsiah. Segala bakti guru yang dicurahkan, mampu terbayar dengan kecemerlangan anak-anak didik.



Jasa seorang insan lagi tidak patut kita lupakan. Ibu, Mother atau Al-Ummu. Insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Susah payah melahirkan, menjaga dan mendidik tidak terbalas oleh kita. Tabah dan sabarnya insan bernama ibu ini melayani kerenah kita sewaktu kecil. Kita ibarat kain putih semasa dilahirkan. Ibu bapa sedaya upaya mencorakkan yang terbaik untuk kita agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.



Jasa dua orang insan ini iaitu guru dan ibu jangan sesekali kita lupa. Pengorbanan mereka terlalu besar untuk kita balas. Ingatkan sama mereka dalam doa kita. Semoga insan-insan ini mendapat pahala dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.