SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, June 19, 2010

Kasih ... Tiada Penghujungnya.

Assalamualaikum.

Ayah, abah, papa, abii, walid, daddy membawa maksud yang sama. Panggilan untuk insan istimewa yang mencari nafkah. Abah. Itulah panggilan untuk bapa saya, Haji Rosdi bin Haji Shariff. Sambutan hari bapa tidak semeriah sambutan hari ibu. Namun, insan ini tidak patut kita lupa.

Guru saya di sekolah berkata, bapa ini tak bercakap banyak berbanding ibu. Ibu selalu bercakap, beri nasihat atau 'berleter'. 'Berleter' tanda sayang. Tapi, bapa hanya diam. Diam bapa amat bermakna. Bapa saya sendiri seorang yang tak banyak bercakap.

Insan yang mendengarkan iqomah ke telinga ini ialah bapa. Bapa membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki. Bapa bermandi peluh demi melihat masa depan anak-anak cerah. Namun, apakah jasa dan bakti kita kepadanya???

Kejayaan dalam hidup anak amatlah diharapkan. Hanya dengan kejayaan mampu membuatkan bapa tersenyum puas. Bagai dapat membayar keringatnya yang mengalir. Kasih seorang bapa amat tinggi nilainya.

Tekun kerjanya,
Sungguh-sungguh usahanya,
Biar tidur tak lena,
Asal anak senyum bahagia.

Keringat mengalir di dahi,
Membanting tulang sehari-hari,
Itulah ayah yang aku kagumi,
Kenal putus asa tak pernah sekali.

Ya Allah,
Aku menadah tangan memohon,
Kepada ayah yang kusayang,
Keberkatan, ketenangan, kebahagiaan untuknya,
Di dunia,
Jua akhirat.





Kepada abah, Selamat Hari Bapa. Kasih BAPA tiada penghujungnya. Semoga bapa-bapa sentiasa dalam rahmat-Nya. Insya-Allah.

Thursday, June 17, 2010

Itu Amat Berharga.

Assalamualaikum.

Pada catatan kali ini, ingin saya berkongsi pengalaman saya menghadiri Arabic Excel PMR anjuran Ikhwah Training di Al-Jaami'ah Al-Wathoniyah Al-Maliziya. Sebenarnya, sejak pulang hari tu, saya dah nak coretkan di sini. Tapi, entah. Saya cuba masukkan suwar yang telah saya ambil di sana ke dalam komputer. Malangnya, saya kurang mahir. Maka, saya akan menceritakan pengalaman yang berharga ini tanpa suwar. Walaupun kurang menarik, saya akan cuba catatkan sebaik mungkin. Insya-Allah.

Buat pertama sekali, saya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana izin-Nya, saya dapat menjadi peserta kepada program Arabic Excel PMR 2010. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada waalidainii kerana sanggup meninggalkan tugas mereka lebih kurang 4 hari sebagai guru dan pengarah syarikat untuk menghantar saya ke UKM. Tidak lupa juga kepada guru saya di sekolah, Al-Mu'allimah Basyira binti Omar kerana memperkenalkan hadza al-barnaamij kepada saya wa sodiqootii.

Perjalanan bermula...

Yaum Al-Jumu'ah, 4 Yuuniyuu 2010:

8.00 Sobaahan : Bertolak dari rumah, Sanglang, Perlis.
1.00 Masaak an : Tiba di rumah, Kajang, Selangor.
4.15 Masaak an : Bertolak ke UKM, Bangi, Selangor.
5.00 Masaak an : Daftarkan diri. Para peserta diberi tag, beg dan modul program.
5.30 Masaak an : Ke bilik yang ditetapkan. 1 bilik, 2 orang. Farah, 'roomate' saya.
6.00 Masaak an : Ba'da solah, pergi ke al-qo'ah untuk taklimat.
6.30 Masaak an : Pergi ke khemah yang disediakan untuk al-'asyaak.
7.15 Lailan : Solat Maghrib fi al-ghurfah. Musolla penuh.
7.45 Lailan : Pergi ke al-qo'ah untuk slot yang pertama.
8.00 Lailan : Slot muqoddimah mina Al- Mu'allim Mohd Saudi bin Abdullah.
10.00 Lailan : Pergi ke khemah untuk 'supper'.
10.30 Lailan : Pulang ke bilik.
11.00 Lailan : Usollii wa anaamu.

Kawasan UKM merupakan kawasan yang agak berbukit. Monyet-monyet turut tinggal di kawasan ini. Mereka ini bijak-bijak. Monyet universiti la katakan. Para peserta Arabic Excel PMR mendiami Kolej Ungku Omar. Nak ke dewan kuliah kena turun bukit yang agak curam, tapi, tak la curam sangat. Kemudian, naik pula untuk ke khemah dan ke bilik. Sayang, tiada gambar.

Yaum Al-Sabt, 5 Yuuniyuu 2010:

6.00 Sobaahan : Bangun tidur, bersih diri, solah.
7.20 Sobaahan : Turun ke khemah untuk sarapan.
8.00 Sobaahan : Turun bukit ke dewan.
8.15 Sobaahan : Slot seterusnya oleh Al-Mua'allim Mohd Saudi bin Abdullah.
10.15 Sobaahan : Naik bukit untuk minum pagi.
10.30 Sobaahan : Turun bukit ke dewan.
1o.45 Sobaahan : Slot seterusnya mina Al-Mu'allim Solahuddin bin Md. Noor.
12.30 Zuhron : Naik bukit untuk al-ghodaak.
1.00 Masaak an : Naik ke al-ghurfah.
1.15 Masaak an : Rehat dan solah.
2.15 Masaak an : Turun ke khemah dan turun bukit ke dewan.
2.30 Masaak an : Slot seterusnya oleh Al-Mu'allim Mohd Saudi bin Abdullah.
4.30 Masaak an : Naik bukit. Minum petang.
4.45 Masaak an : Naik bilik dan solah. Bersiap-siap untuk riadhoh.
5.15 Masaak an : Turun ke khemah. Berkumpul.
5.30 Masaak an : Mulakan perjalanan di sekitar UKM. Berhenti di al maktabah, al-muthaf, al-masjid wa al-buhairoh.(cari 'vocab' bahasa arab daa...)
6.45 Masaak an : Tiba di kolej kediaman. (seronok walaupun penat...)
7.00 Lailan : Makan, mandi dan solah.
8.00 Lailan : Turun ke khemah dan turun bukit ke dewan.
8.15 Lailan : Slot seterusnya oleh Al-Mu'allim Mohd Saudi bin Abdullah.
10.15 Lailan : Naik bukit. Supper.
10.30 Lailan : Pulang ke bilik.
11.00 Lailan : Usollii wa anaamu.

Yaum Al-Ahad, 6 Yuuniyuu 2010:

6.30 Sobaahan : Bangun tidur, bersih diri, solah.
7.15 Sobaahan : Senaman pagi di khemah, sarapan.
8.15 Sobaahan : Turun bukit ke dewan.
8.30 Sobaahan : Slot seterusnya oleh Al-Mua'allim Mohd Saudi bin Abdullah.
10.15 Sobaahan : Minum pagi di dewan. (lega... tak payah turun bukit, hehehe...)
10.30 Sobaahan : Slot seterusnya oleh Al- Mu'allim Mohd Saudi bin Abdullah.
12.30 Zuhron : Naik bukit untuk al-ghodaak.
1.00 Masaak an : Naik ke al-ghurfah.
1.15 Masaak an : Rehat dan solah.
2.15 Masaak an : Turun ke khemah dan turun bukit ke dewan.
2.30 Masaak an : Slot terakhir oleh Al-Mu'allim Solahuddin bin Md Noor.
4.30 Masaak an : Naik bukit dan minum petang.
4.45 Masaak an : Solah dan 'check out' penginapan.
5.15 Masaak an : Turun bukit ke dewan.
5.30 Masaak an : Promosi ubat titik mata asy-syifak.
6.30 Masaak an : Bersurai.

Setelah berakhir program ini, saya tidak terus balik ke Perlis. Saya dan keluarga, tidur dulu di Kajang. Makan Sate Kajang. Berjumpa saudara mara. Esoknya, hari Isnin, baru bertolak pulang ke Perlis.

Sesungguhnya, suatu pengalaman itu amat berharga. Mungkin saya masih belum dapat menguasai Al-Lughoh Al-'Arobiyah. Mana tidaknya, hanya tiga hari. Namun, selama 3 hari saya berada di UKM, sekurang-kurangnya mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Man Jadda Wa Jada. Di samping mengajar bahasa arab, Al-Mu'allim Solahuddin bin Md Noor juga menyuntik motivasi kepada para peserta. Begitu juga Al-Mu'allim Mohd Saudi bin Abdullah.

Ia bahasa al-Quran, bahasa Al-Jannah, bahasa Al-Anbiyaak, bahasa ibadah. Pelajarilah bahasa arab dan cuba kuasainya. Mainkan bahasa. Jangan bahasa mempermainkan kita. Saya berharap saya dapat bertutur bahasa arab dengan fasih seterusnya menyumbangkan sesuatu yang bernilai kepada Islam. Insya-Allah.