SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, March 27, 2010

Bangkit daripada Tidur yang Panjang

Assalamualaikum.

Dewasa ini, acap kali kita dengar anak-anak muda dan anak-anak mudi kita terutamanya yang beragama Islam terjebak dengan gejala yang tidak bermoral. Penagihan najis dadah, pembuangan anak-anak yang tidak berdosa semakin berleluasa tanpa mengira erti kemanusiaan. Sedangkan haiwan yang tidak dikurniakan akal fikiran oleh Allah tahu untuk menyayangi anak mereka, bagaimana pula dengan manusia yang dikurniakan Allah akal fikiran sanggup membuang anak mereka sendiri??? Sudah pasti mereka lebih teruk daripada haiwan.

Saya terfikir bagaimanakah anak-anak remaja kini akan menjadi pemimpin negara kelak??? Bagaimanakah anak-anak remaja kini akan membangunkan negara Malaysia supaya gah di mata dunia??? Dan yang paling penting, bagaimanakah anak-anak remaja kini yang beragama Islam akan bangkit berjuang bersama-sama menegakkan deen Allah untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam???

Saya sentiasa mengingatkan kepada diri saya, "Cepat Fatin cepat, berlumba-lumbalah untuk sesuatu kebaikan. Cepat Fatin, cepat, lawan bisikan syaitan. Masyarakat di luar sana memerlukan kau, Fatin. Memerlukan SYABAB PEJUANG AGAMA, PEMBELA BANGSA, PEMANGKIN NEGARA, PENERAJU DUNIA serta SRIKANDI PEJUANG AGAMA, PEMBELA BANGSA, PEMANGKIN NEGARA, PENERAJU DUNIA!!!

Marilah kita bersama-sama berdoa agar dikurniakan semangat yang tak pernah luntur seperti saudara-saudara Islam kita di Palestin yang mempertahankan tanah air mereka hanya dengan batu-batu. Ayuh, saudara-saudara seagamaku, bangkitlah daripada tidur yang panjang untuk bersama-sama berjuang menegakkan deen Allah, seterusnya mendapat redha dan tempat di sisi-Nya. Insya-Allah.

Tuesday, March 16, 2010

Semalam, Hari Ini, Esok dan Seterusnya...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, dapat lagi saya coretkan di sini. Amsi, 15 Mac 2010 bersamaan 29 Rabi'ul Awwal 1931. Al-Yauum, 16 Mac 2010 bersamaan 30 Rabi'ul Awwal 1931. Ghodan, 17 Mac 2010 bersamaan 1 Rabi'ul Akhir 1931. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Semakin bertambah hari, semakin dekat diri ini untuk bertemu Pencipta. Apakah yang dekat dengan kita??? Mati. Apakah yang jauh dengan kita??? Masa silam. Adakah kita tahu bilakah kita akan dijemput-Nya??? Adakah kita boleh kembali ke masa silam??? "Beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada hari esok dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi". Adakah pada hari ini saya lebih baik daripada semalam??? Adakah pada hari esok saya lebih baik daripada hari ini??? Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Mendapatkan keredhaan Allah merupakan salah satu tujuan manusia hidup di muka bumi ini selain beribadah kepada-Nya. Hasanah fi ad-dunya wa al-akhiroh aidhon diharapkan. Musibah adalah untuk menguji keimanan seseorang. Bukan sahaja kemiskinan, malah kekayaan juga merupakan salah satu bentuk ujian. Para sahabat zaman Rasulullah S.A.W gembira tatkala menerima ujian kerana ujian tersebut menunjukkan kasih dan sayang Allah kepada mereka. Apabila mendengar kisah Nabi Allah Ayyub 'alaihissalam ketika ditimpa satu penyakit, begitu sabar dan tabah Nabi Ayyub menghadapinya.

Kejayaan pada hari ini mungkin penghalang kepada kejayaan pada hari esok. Sebagai contoh, pelajar x mencapai kejayaan yang cemerlang ketika peperiksaan UPSR. Berdasarkan kejayaannya pada peperiksaan tersebut, dia lalai untuk terus berusaha litahqiq kejayaan yang seterusnya. Akibat daripada kelalaian dan kegembiraan yang berpanjangan, akhirnya dia tewas di pertengahan jalan. Perjuangan kita menuntut ilmu bukan hanya setakat UPSR, PMR, dan SPM sahaja, malah berterusan hingga ke liang lahad. 'Ilmu Allah sangat luas. Jika diambil air laut sebagai dakwat untuk ditulis, takkan habis 'ilmu Allah S.W.T.

Belajar bukan hanya untuk mengambil peperiksaan tetapi untuk di'amalkan. "Al-'Ilmu Bilaa 'Amalin Ka Asy-Syajari Bilaa Tsamarin". Marilah kita berusaha untuk memanfa'atkan sebanyak mungkin 'ilmu yang telah dipelajari. Manusia yang paling baik ialah manusia yang memberi manfa'at kepada orang lain. Marilah sama-sama kita berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi hari esok. Insya-Allah.