SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Thursday, December 10, 2009

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Telefon di qoryah saya sudah boleh digunakan. Tak perlu lagi saya pergi ke Pusat Internet. Kelas saya pun tidak lama lagi akan berakhir. Saya harap selepas tamatnya kelas ini nanti, saya mendapat sedikit sebanyak 'ilmu pengetahuan yang berguna. Apabila tahun depan, mu'allimin wa mu'allimat mengajar, boleh la cepat memahami sedikit. Insya-Allah.

Alhamdulillah. Abah dan Abang Zaki selamat tiba daripada Tanah Suci Makkah amsi. Mak, Abang Zakwan dan Adik Asyraaf serta seorang pekerja abah pergi menjemput mereka di lapangan terbang. Pukul 10 mereka sampai di rumah. Seronok juga malam itu. Nahnu bertukar-tukar cerita. Terasa hati ini begitu teringin menjadi tetamu Allah. Terasa amat rindu hati ini ingin berjumpa dengan Muhammad Rasulullah. Ketika berumur 4 tahun, Abang Zaki sudah berpeluang mengerjakan 'umrah. Ketika berumur 20 tahun pula, dapat menunaikan haji. Kadang-kadang, tak puas hati pun ada. Tak mengapalah. Saya berharap dapat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan menunaikan rukun Islam yang ke-5 itu. Insya-Allah.

Selepas itu kami lihat apa yang mereka beli untuk kami. Ternyata sungguh banyak sekali. Sampai kena hantar guna pos sebab banyak sangat. Masya-Allah. Abah membelikan saya beberapa pasang jubah. Saya amat suka jubah yang berwarna hitam dan putih. Kelihatan seperti orang Arab. He..He.. He.."Syukron ya Abii." Walau bagaimanapun, saya bersyukur. Allah telah berfirman yang bermaksud, "...Hanya sedikit orang yang bersyukur." Saya sentiasa berdoa agar dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit itu. Ada satu sumber memberitahu saya bahawa kita akan menghargai sesuatu nikmat itu apabila kita kehilangannya. Memang betul. Nikmat Allah kepada saya, keluarga saya serta saudara -saudara seagama dengan saya, yang paling bernilai, berharga ialah bukan harta, bukan keseronokkan di dunia tetapi nikmat Islam dan Iman. Apabila Allah tidak mengurniakan dua nikmat ini, kita akan kufur. Na'udzubillahi min dzalik. Marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat yang dua ini dan berdoa agar Allah tidak mengambilnya kembali daripada kita. Insya-Allah.


Kutub Kanah:


Mu'allimin wa mu'allimat = guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan

Amsi =kelmarin

Nahnu =kami

Sunday, December 6, 2009

Jannah Ad-Dunya

Assalamualaikum.


Sekarang, saya berada di Pusat Internet. Di rumah, Internet tidak dapat digunakan sebab telefon pun tak boleh digunakan. Satu qoryah saya, telefon tak boleh digunakan sudah lebih dua minggu. Kata pak cik 'wiring', kabel elektrik kena curi. Masya-Allah. Macam-macam fe'el manusia ini atau dalam al-lughah-al-'arabiyah bermaksud insan. Ada seseorang berkata kepada saya kalimah insan berasal daripada kalimah 'nasiya' yang bermakna lupa. Manusia memang selalu lupa bahawa Allah sentiasa menyaksikan setiap 'amal perbuatan mereka. Mengikut hukum Islam, manusia yang mencuri, hukumnya adalah memotong tangan. Malah, Baginda Rasulullah S.A.W. akan memotong tangan Fatimah jika Fatimah mencuri. Namun, sebagai manusia biasa, saya dan penduduk qoryah harus redho dengan ketentuan-Nya.


Kini, saya sedang mengikuti kelas intensif bagi persediaan 2010. Masuk hari ini, sudah hari ke-6. Minggu depan habislah kelas intensif ni. Sekarang waktu istirohah. Selepas solat tadi, saya terus ke sini. Antara tujuan saya mengikuti kelas ini ialah dapat menambahkan 'ilmu pengetahuan saya. Daripada saya tidak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya mengisi masa terluang saya. Apabila saya sudah ber'ilmu, bolehlah saya 'amalkan dan manfaatkan 'ilmu yang telah saya pelajari. 'Ilmu tanpa 'amal ibarat pohon tanpa buah. Manusia yang paling baik ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Saya teringat sebuah hadis yang bermaksud, " Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus amalannya, kecuali 3 perkara, iaitu 'amal jariah, 'ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh". Oleh itu, saya ingin menuntut 'ilmu sebanyak-banyaknya dan ingin memanfaatkannya kepada diri saya sendiri dan juga manusia lain. Insya-Allah.



Kutub Kanah:


Qoryah =kampung

Fe'el =perangai

Al-Lughah AL-Arabiyah =bahasa Arab

Kalimah =perkataan

Istirohah =rehat

Friday, November 20, 2009

Bermulanya satu langkah

Assalamualaikum.


Esok, cuti sekolah bermula. Saya berazam untuk menggunakan masa cuti yang hampir dua bulan ini dengan sebaik-baiknya. Tahun depan dah tingkatan 3. PMR!!! Saya berharap cuti ini merupakan langkah pertama untuk saya mencapai kejayaan yang cemerlang. Saya tidak mahu jadi seperti tahun-tahun lepas. Hangat-hangat tahi ayam. Saya harap dapat beristiqomah dengan apa yang saya lakukan. Ada tiga musuh yang akan menghalang langkah saya ini, iaitu syaitan, malas dan nafsu yang tidak suka melakukan kebaikan bahkan sering menyuruh kepada kejahatan. Saya berlindung kepada Allah daripada ketiga-tiga musuh ini. Insya-Allah.

Saturday, November 14, 2009

Ujian dari-Mu

Assalamualaikum

Pada hari ini, saya diuji oleh Allah. Saya demam. Semalam, rasanya ok je, tapi pagi tadi rasa seram sejuk. Mungkin itu tanda nak demam. Tapi, Alhamdulillah. Saya dah rasa sihat sikit. Tengahari tadi, dah telan sebiji panadol, tok bagi. Petang tadi, dah telan dah ubat demam. Selepas Maghrib, saya dan keluarga akan ke Kuala Kedah nak hadiri jamuan sahabat Abah. Insya-Allah.