SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Wednesday, May 16, 2012

Warkah Buat Abah,

Bismillah.

Melalui pengamatan saya, banyak artikel yg mengisahkan tentang ibu. Saya setuju. Ibu insan yg penting dlm hidup kita. Rasulullah pun menyebut ibu sebanyak tiga kali sebelum bapa. Namun begitu, adakah hanya semasa Hari Ibu saja kita melafazkan ucapan sayang, kasih kepada mereka? Sudah tentu tidak! Hendaklah dizahirkan melalui perbuatan seorang anak sepanjang hayat. Post saya pada kali ini, akan saya kongsikan dgn para pembaca nukilan kecil saya tentang riwayat hidup seorang insan yg bergelar bapa. Tinta yg bakal saya titipkan ini walaupun ada kaitan dgn hidup diri penulis, namun mungkin akan beri serba sedikit iktibar dan pengajaran kepada org lain sebagai pedoman dlm meneruskan perjuangan hidup di dunia fana ini.

Abah...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari,
hampir setahun abah pergi,
namun semangat abah masih terasa di hati,
terasa tenang dan sayu rasa hati ini.

Alang ingat lagi, abah,
Masa abah hantar Alang, mak dan along ke airport utk kami berangkat bagi menunaikan umrah,
Abah peluk dan cium mak,
Abah peluk dan cium along,
dan Abah peluk dan cium Alang,
Siapa tahu kan itulah kali terakhir kita dpt tgk wajah abah
Pastu,, dah Alang masuk ke balai pelepasan,
Mak dan Along dah berjalan maju ke depan,
Alang toleh ke belakang,
Alang lihat Abah dan Busu melambai-lambai ke arah Alang,
Itulah lambaian terakhir Alang kpd Abah.

Lebih krg sebulan sebelum tu,
Mak beritahu Alang, abah akan ke luar negara utk berubat,
Alang dan adik beradik yg lain terkedu tak dapat berkata apa-apa,
Kami redha andai kata itu cara terbaik utk abah kembali sihatt.

Abah..
Masih terpahat kukuh lagi di minda Alang,
Selama hampir 4 bulan abah dialysis,
Mak, Busu, Alang, Angah dan Along bergilir-gilir teman abah,
Alang ingat lagi abah,
Satu hari tu, Alang cuti sekolah,
Kita keluar rumah seusai Subuh
utk abah dialysis pada waktu pagi sebab masa lain org penuh,
Pabila mesin tu dah mula cuci darah abah,
Abah tidur, dan Alang pun tidur berbantalkan meja katil tu,
Alang rasa belum besar lagi pengorbanan Alang ni
jika dibandingkan dgn Fatimah Az-Zahra hingga digelar Ummu Abiihaa,
Lepas masing-masing jaga drpd tidur,, Abah suruh Alang ke farmasi utk ambil ubat,
dan ke kantin utk beli makanan,
Alang beli kuih lapis dan pulut sekaya (kuih seri muka) utk Abah,
Naik kat abah, abah kata tak boleh makan pulut nanti darah beku,
Last2, Alang yg makan.

Abah...
Masa lain pula, waktu Alang teman Abah,
Doktor dtg tgk keadaan pesakit yg sdg dialysis,
Abah cakap kat doktor tu yg anak abah sorang ni nak jadi doktor,
Pastu doktor tu cakap, "Bagus2, nak jadi doktor tak semestinya smart, tapi mesti konsisten",
Abah, sampai sekarang, Alang masih usaha mentafsirkan kata2 doktor tu.

Abah...
Hari tu 10/6/2011, Alang, Mak dan Along baru saja selamat mendarat di Kepala Batas
Dan kami dlm perjalanan menuju ke rumah,
Dan Abah pula dalam perjalanan menuju ke hospital utk operation,
Abah minta anak-anak Abah baca al-Quran byk2 malam tu
Kami tiba di rumah lebih kurang jam 11.00 malam.
Mata tak dapat dilelapkan,
Mungkin perubahan masa Malaysia dgn Makkah,
Malam tu, suara Angah mendayu-dayu membaca Yassin memecah kesunyian pagi,
Alang, Mak dan Along makan nasi jam 4.00 pagi.
Azan berkumandang,
Solat Subuh ditunaikan,
Alang tgk Internet,
Entah mcm mana telinga Alang tertangkap lagu nasyid Pergi Tak Kembali oleh Arwah Ustaz Asri
di kaca televisyen.
Mendayu-dayu, syahdu amat.
Mak Long dtg rumah bagi tahu abah selamat menjalani operation. Alhamdulillah.
Lebih kurang pukul 8.30 pagi, Alang tidur.

Abah..
Pastu Alang terjaga hampir jam 3.00 ptg,
Zohor belum ditunaikan,
Segera bersihkan diri,
Pabila keluar drpd bilik air, Alang lihat ada Mak Long, Mak dan Along sdg nangis,
Alang seolah-olah dpt mengagak sesuatu.
Terus Alang tanya, "Kenapa ni?"
Pak Long (saudara yg teman abah ke sana) beritahu Abah dah x da..
Bukan airmata yg terbit dari mata, tapi kalimah mulia 'Sesungguhnya kpd Allah kita kembali' terbit spontan
Mengingatkan waktu zohor yg kian luput, Alang segera tunaikan kewajipan itu,
Usai solat, entah mengapa airmata ini laju mengalir.

Abah...
Petang tu, sgt kalut lebih-lebih Along sebagai waris,
Malam tu, kami x dapat putuskan lagi sama ada abah akan dikebumikan di sini atau di sana,
Ada masalah komunikasi dgn Pak Long di sana,
Jiran2, rakan taulan abah byk yg hadir tanyakan berita semasa,
Apa yg boleh kami keluarga katakan tika itu, banyakkan berdoa semoga Allah permudah,

Abah,
Malam tu, kami tidur dgn linangan airmata,
Along cakap Abah hantar kat dia mesej dlm Facebook,
Abah pesan suruh jaga mak dan adik-adik,
Abah seolah-olah dah tahu yg abah akan pergi tinggalkan kami,
Tinggalkan dunia fana ini
Dunia yg byk beri dugaan dan cabaran kat abah,
Tapi abah tempuh dgn semangat,
Abah lawan penyakit abah,
Abah tak nak hanya menunggu,
Abah ikhtiar utk berubat,
Ini yg membuatkan Alang bangga dgn abah,
Pesanan demi pesanan menjengah ke inbox Mak,
"Perjuangan di jalan Allah mesti diteruskan"

Abah..,
Esoknya, kaum kerabat, sahabat handai dtg memberikan cadangan utk usahakan abah dpt diuruskan di sini.
Tapi, agak lama proses membawa balik jenazah,
Along sebagai waris dgn tenang buat keputusan utk jenazah abah disemadikan di sana.
Sudah tertulis bahawa kubur Abah di tempat orang
Aturan Allah itulah yg terbaik,
Malah, Alang berbangga dgn abah sbb ustazah pernah cakap dlm kelas, para nabi, sahabat, jarang meninggal di tempat kelahiran sendiri,
Mereka meninggal di China, India dan merata lagi la sebab sebarkan Islam.
Rasulullah sendiri tak dimakamkan di bumi kelahiran, Makkah, tapi dimakamkan di Madinah
Malah, ada hadith yg menyatakan bahawa apabila matinya seseorang, disemadikan ia di tempat dia meninggal.

Abah..,
Jenazah abah diuruskan oleh mufti sana dibantu Pak Long,
Kami di sini hanya menunaikan solat jenazah ghaib yg diimamkan oleh Along,
Usai solat, kami sedekahkan bacaan Yassin utk Abah.
Sayu, dingin, syahdu,
abah rasa kan?

Abah..
Hari2 Alang lalui tanpa kehadiran abah lagi,
Begitu terasa kehilangan abah,
Rindu akan suara abah yg sarat dgn kata2 semangat.

Abah..,
Lepas 4/5 hari ketiadaan abah, alang terpaksa galas tanggungjawab sekolah utk berdebat bahasa arab,
abah pun tahu,
abah pesan kat Alang, tahun depan kena kurangkan,
Kadang2 rasa tak bersemangat pun ada nak berdebat,
tapi, ramai tetamu yg dtg semasa ziarah pesan "x pa2, ambil semangat abah"
Ya, abah memang semangat
semangat lawan penyakit,
malah, rakan2 abah ada yg tak tahu yg abah tak sihat,
abah tabah mengharungi hidup sehari-hari,
Alang bangga dgn abah..

Abah..,
Cukuplah sampai sini dulu,
Kita nak bersiap-siap utk Maghrib pula,
Dulu, mesti abah akan ready utk solat Maghrib,
ingatkan anak-anak abah, terutamanya Busu,

Akhir kata untuk abah,
Alang saaaaaayang abah,
dan jutaan terima kasih kerana telah membesarkan Alang adik beradik,
beri kasih sayang,
sekolahkan kami,
sampai Alang boleh manfaatkan teknologi seperti ini,
dulu, abah pernah jengah ke blog Alang ini, abah support,
terima kasih, tak dapat kubalas jasamu,
hanya kiriman doa dan al-fatihah mengiringi.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Alang, anak abah...

Semoga serba sedikit cerita di atas menjadi pedoman buat hidup kalian. Hargailah, sayangilah mereka selagi masih ada sebelum mereka tersayang tiada di dunia yg fana ini. Semoga dpt kita bertemu insan-insan tersayang di syurga nanti. Insya-Allah. Al-Fatihah utk arwah abah...