SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Sunday, May 16, 2010

Pengorbanan Mereka...

Assalamualaikum.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan satu peristiwa penting yang akan disambut di Malaysia. Guru, Teacher atau Al-Mu'allim membawa maksud yang sama. Tanpa mereka, tiada peguam menang bicara, tiada penulis terkemuka, tiada perdana menteri berkuasa. Pengorbanan mereka cukup besar demi melahirkan permata-permata yang bernilai yang bakal menjadi pemimpin negara kelak. Sejauh mana kita menghargai kegigihan mereka menyampaikan 'ilmu??? Pada pandangan saya, setiap guru akan berbangga jika anak-anak pelajar yang mereka didik, berjaya dengan cemerlang dari aspek akademik dan juga sahsiah. Segala bakti guru yang dicurahkan, mampu terbayar dengan kecemerlangan anak-anak didik.



Jasa seorang insan lagi tidak patut kita lupakan. Ibu, Mother atau Al-Ummu. Insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Susah payah melahirkan, menjaga dan mendidik tidak terbalas oleh kita. Tabah dan sabarnya insan bernama ibu ini melayani kerenah kita sewaktu kecil. Kita ibarat kain putih semasa dilahirkan. Ibu bapa sedaya upaya mencorakkan yang terbaik untuk kita agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.



Jasa dua orang insan ini iaitu guru dan ibu jangan sesekali kita lupa. Pengorbanan mereka terlalu besar untuk kita balas. Ingatkan sama mereka dalam doa kita. Semoga insan-insan ini mendapat pahala dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment