SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, June 19, 2010

Kasih ... Tiada Penghujungnya.

Assalamualaikum.

Ayah, abah, papa, abii, walid, daddy membawa maksud yang sama. Panggilan untuk insan istimewa yang mencari nafkah. Abah. Itulah panggilan untuk bapa saya, Haji Rosdi bin Haji Shariff. Sambutan hari bapa tidak semeriah sambutan hari ibu. Namun, insan ini tidak patut kita lupa.

Guru saya di sekolah berkata, bapa ini tak bercakap banyak berbanding ibu. Ibu selalu bercakap, beri nasihat atau 'berleter'. 'Berleter' tanda sayang. Tapi, bapa hanya diam. Diam bapa amat bermakna. Bapa saya sendiri seorang yang tak banyak bercakap.

Insan yang mendengarkan iqomah ke telinga ini ialah bapa. Bapa membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki. Bapa bermandi peluh demi melihat masa depan anak-anak cerah. Namun, apakah jasa dan bakti kita kepadanya???

Kejayaan dalam hidup anak amatlah diharapkan. Hanya dengan kejayaan mampu membuatkan bapa tersenyum puas. Bagai dapat membayar keringatnya yang mengalir. Kasih seorang bapa amat tinggi nilainya.

Tekun kerjanya,
Sungguh-sungguh usahanya,
Biar tidur tak lena,
Asal anak senyum bahagia.

Keringat mengalir di dahi,
Membanting tulang sehari-hari,
Itulah ayah yang aku kagumi,
Kenal putus asa tak pernah sekali.

Ya Allah,
Aku menadah tangan memohon,
Kepada ayah yang kusayang,
Keberkatan, ketenangan, kebahagiaan untuknya,
Di dunia,
Jua akhirat.





Kepada abah, Selamat Hari Bapa. Kasih BAPA tiada penghujungnya. Semoga bapa-bapa sentiasa dalam rahmat-Nya. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment