SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, July 31, 2010

Marhaban Ya Ramadhan.

Assalamualaikum.

Beberapa minggu sahaja lagi seluruh umat Islam di dunia akan menyambut kedatangan 1 Ramadhan yang dirindui. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan ibadah. Bulan di mana pintu syurga dibuka dan ditutup pintu neraka. Syaitan-syaitan dirantai. Yang tinggal hanyalah nafsu. Terpulanglah kepada manusia untuk melawan dan mendidik nafsunya menjadi baik.

Saya berazam agar dapat melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini dengan bersungguh-sungguh dan lebih baik daripada tahun lepas. Harapan Ramadhan saya pada kali ini agar mendapat rahmat, keampunan-Nya dan pembebasan daripada api neraka. Rasa sungguh gembira andai dapat menjaga puasa dengan memperbanyakkan mengingati Allah Pada siang hari. Sungguh meriah dapat menunaikan solat sunat Tarawikh sepanjang Ramadhan dengan rasa tawadhuk kepada-Nya. Alangkah indah lagi jika berqiyaam pada malamnya yang merupakan amalan Rasulullah S.A.W.



Marilah kita sama-sama berdoa agar Ramadhan pada kali ini lebih bermakna. Jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa mengisi dengan amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Semoga Ramadhan 1431 hijrah merupakan peluang untuk memperbanyakkan amalan sebelum dijemput bertemu-Nya. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment