SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Thursday, September 9, 2010

Akhirnya Ramadhan Pergi Jua.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, saya masih berpeluang untuk mencoretkan di sini. Walaupun pada bulan Ogos yang lalu, saya hanya berpeluang menulis satu catatan sahaja. Sudah genap 30 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. Maka, berlalulah sudah bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Saat ini, banyak masjid yang mengalunkan takbir memebesarkan dan mengagungkan Allah yang satu sebagai satu kemenangan. Dan tika ini juga, muzik-muzik mercun, meriam dan bunga api kedengaran fii qoryatii. Mengapa perlu kita meniru budaya Cina yang membakar mercun menjelang Tahun Baru Cina???

Esok, saya akan mengikuti keluarga ke masjid untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Insya-Allah. Tetamu yang dinanti ini (Ramadhan) telah pun berlalu. Memberi peluang kepada purnama Syawal untuk mengambil giliran bulan hijrah. Mungkin ada hati-hati yang mula menangis akan pemergian bulan ini. Adakah dapat berjumpa pada Ramadhan akan datang??? Hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya kita dirahsiakan daripada tarikh kita dijemput-Nya.

Setelah melalui madrasah Ramadhan ini, adakah nafsu saya benar-benar terdidik??? Dapatkah nafsu ini terus bermujahadah pada bulan-bulan yang lain???
Antara tanda amalan tidak diterima Allah ialah orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi tidak bertambah kebaikannya. Na'uzubillahi min dzalik. Semoga ibadah yang kita lakukan pada Ramadhan kali ini diterima-Nya. Insya-Allah.

Hayatilah puisi ini untuk renungan bersama...

Puisi: Akhirnya Ramadan Pergi Jua

Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semoga semuanya masih di jiwa
yang sentiasa merindui
Barakah dan maghfirah-Nya

(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
bulan-bulan seterusnya?)

Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan...
di dalam diri

(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira
di pinggiran kebesaran-Nya?)

Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
dihempas ombak keresahan

(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada...
untuk menyambutnya!)

ABU IRDAK

(dipetik/diambil daripada majalah Solusi,
isu no.23 mukasurat 74)-minta halal-

Marilah sama-sama kita berdoa agar dapat bertemu dengan Ramadhan akan datang. Semoga kita akan terus istiqomah dengan amalan-amalan yang telah kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan ini. Tadarus al-Quran, solat-solat sunat, alunan zikir hendaklah terus dihidupkan pada bulan-bulan yang lain. Semoga Aidilfitri pada tahun ini merupakan kemenangan/kejayaan buat kita yang betul-betul melalui madrasah Ramadhan dengan penuh keimanan serta ketaqwaan kepada-Nya semata-mata meraih keredhaan dan keampunan daripada-Nya. Insya-Allah.



Saya berpesan buat diri ini dan saudara-saudara seagama saya agar meraikan Syawal ini secara sederhana. Eratkan tali persaudaraan kita. Sama-sama kita maafkan kesalahan yang lalu. Semoga amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari. Saya mengucapkan kepada seluruh umat Islam: kullu 'aam wa antum bil khair!!!

SALAM AIDILFITRI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Taqobbalallah minnaa wa min kum
"Moga-moga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua."
Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment