SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, January 29, 2011

Kumasih Di Sini...

Assalamualaikum.

Sudah 2 minggu keputusan permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2011 diketahui. Maka, ramailah rakan saya yang mendapat tawaran untuk menyambung pengajian yang berbaki 2 tahun sahaja lagi ke merata tempat di seluruh negara. Ada yang mendapat tawaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Sekolah Berasrama Penuh Integerasi Kubang Pasu, Sekolah Berasrama Penuh Integerasi Gombak, Sekolah Berasrama Penuh Integerasi Kepala Batas, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan juga Maktab Rendah Sains Mara Baling.


Inilah antara srikandi kelahiran SMKAP yang akan berhijrah melebarkan sayap mencari 'ilmu di atas muka bumi Allah yang luas ini ke tempat baru selepas Tahun Baru Cina ini. Maka, tiadalah lagi wajah kalian di bumi waqafan ini. 12 orang semuanya yang keluar meninggalkan SMKAP dengan cara terhormat. Ada yang mendapat tawaran, tetapi bertekad untuk menamatkan alam persekolahan menengah di SMKAP. Tahniah kepada kalian. Pada hari Jumaat baru-baru ini, kami bersalam-salaman antara satu sama lain. Walaupun mereka tidak sesetia Saidina Abu Bakar yang mempertaruhkan nyawa demi Rasulullah, namun atas dasar ukhuwwah yang dibina selama 3 tahun, mengalir juga air mata ini. Kita pernah ketawa bersama-sama dan menangis bersama-sama. Kalian ialah rakan-rakan yang baik.

Bagaimana pula dengan saya??? Saya masih di sini. Di bumi waqafan ini. Akan berusaha untuk menjaga nama baik sekolah, mengharumkan nama sekolah, membantu guru-guru mensifarkan masalah disiplin sekolah. Saya tidak menerima sebarang tawaran untuk ke SBP. Dan saya yakin, keputusan itu adalah keputusan yang sangat adil daripada Allah S.W.T. walaupun saya ingin merasai suasana pembelajaran di tempat baru. Ada hikmah Pencipta mengekalkan saya di sini. Alhamdulillah.

Pada hari Rabu yang lalu, Majlis Pentauliahan Majlis Kepimpinan Pelajar dan Majlis Kepimpinan Asrama telah diadakan. Perasaan takut menyelubungi diri saya. Takut tidak dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik seperti apa yang diikrarkan. Mengapa ada antara pelajar yang dilantik menjadi pengawas gembira??? Bukankah tergalas di bahu kita satu amanah yang wajib dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh??? Hati ini sebak, sayu dan mengalir manik-manik jernih di pipi tatkala Al-Mu'allim Idris bin Ahmad membacakan doa penutup majlis. Begitu tinggi harapan sekolah agar MKP dan MKA dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan jayanya di samping tidak mengabaikan pelajaran. "Ya Allah, berikanlah kami kekuatan agar kami dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan ikhlas kerana Engkau semata-mata. Janganlah Engkau jadikan kami angkuh, sombong, bangga dengan jawatan yang kami ada. Bantulah kami dalam menegakkan yang benar dan yang salah tetap salah. Hindarkan kami daripada bersubahat dengan kebatilan." Perkenankanlah Ya Allah.

Saya fikir setakat inilah saja coretan pada kali ini. Saya mengucapkan selamat belajar di tempat baru kepada 12 orang rakan saya yang di atas dan mengucapkan tahniah kerana kalian ialah insan yang dipilih oleh Allah untuk belajar di tempat yang lebih baik. Erm.., mungkin lebih baik dari segi infrastrukturnya, suasananya, akhlaknya dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, saya wa sodiiqootii di sini sentiasa mendoakan agar kalian berjaya di dunia dan akhirat. Semoga sinar kalian menyerlah di sana. Insya-Allah.

11 comments:

  1. Kalam perpisahan,Kalam merindu..
    Insya-Allah ada hikmahnya..ukhti Fatin msti kuat.pringatan jga untuk sya yg memikul amanah Allah e2.semoga kita sma2 dberi kekuatan

    ReplyDelete
  2. ana rindu ukhti najihah..
    masyaallah..ana minta ukhti tuliskan kata2 semangat buat ana yg smakin lemah..
    bittaufiq wan najah..syukran

    ReplyDelete
  3. smga diberi kekuatan utk memikul amanah Allah...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..sy sbgai kak exSMKAP jgk merasa gmbira akn kjayaan mreka utk kluar mneroka alm lain bgitu jga utk adk psti ada hkmahnya mseh berada di situ.pasti!thniah jga utk pentauliahan tersebut yg pastinya ada hkmah knapa adk mseh mmikul tgas berat itu..insyaallah akak doakn adk mgharungi bahtera hdup di SMKAP dgn jayanya!

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak hannan.. semoga kita sama-sama dalam redha-Nya...

    ReplyDelete
  6. bagus

    teruskan jihad ilmu, memang kena merantau kalau nak ilmu lebih

    ReplyDelete
  7. salam...fatin....!!!!!
    xpa2...kita sama2 bg dapat straight a+ insyaALLAH na...kita buktikn pelajar smkap lbih cemerlang drpd pelajar sbp....semngt ni!~

    ReplyDelete
  8. salam dik..
    jgn sedih..jadikan kenangan terindah berada di bumi waqafan.kutiplah sbnyk ilmu yg dpt..hargailah saat di situ..detik yg x dpt dikembalikan bila melangkah keluar nanti.semoga adk terus najah.pertahankan maruah yg ada.. kembalikan kegemilangan.adk dipilih utk terus mengharumkn bumi waqaf tarbiah..truskn mujahadah

    ReplyDelete