SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, April 28, 2012

Sebelum Diuji...

Bismillah...
Assalamualaikum.

Saya kira ini merupakan tinta terakhir sebelum exam pada 2/5/12 ini. Kenapa perlu ada peperiksaan? Utk menguji kemampuan pelajar. Semalam, Hari Anugerah Permata di sekolah sebagai penghargaan buat pelajar cemerlang 2011. Saya sebagai pengerusi majlis amat berbangga dgn kejayaan pelajar dan guru bumi waqafan itu. Saya berazam utk memberi sumbangan kecemerlangan buat sekolah sebelum meninggalkan madrosah itu.
"Perkenankan Ya Allah".

Sebab-sebab saya perlu berjaya:

  • Sebagai tanda syukur kpd Pencipta yg memberikan pelbagai kemudahan dan kemewahan utk menadah ilmu-Nya yg amat luas. [tidak akan habis ilmu Allah jika diambil air laut sebagai dakwat utk menulis]
  • Sebagai usaha utk menjadi umat terbaik dan berguna kepada masyarakat. [umat terbaik yg menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dan manusia yg terbaik ialah manusia yg memberi manfaat kpd org lain]
  • Sebagai ganjaran buat mak dan arwah abah yg selama ini banyak berkorban utk anakmu ini. [buatlah baik kepada kedua-dua ibu bapa]
Pembaca sekalian,
Hakikatnya, masih ada 1001 sebab mengapa saya perlu berjaya. Pembaca juga perlu berjaya. Berjayalah dlm apa jua bidang yg diceburi. Kejarlah kejayaan yg diredhai Allah. Dan kejayaan mendapat syurga-Nya merupakan kejayaan yg abadi.

Marilah sama-sama kita berdoa dgn hati yg penuh tawadhuk agar Allah kurniakan kepada kita kejayaan yg sementara iaitu kejayaan di dunia ini dan juga kejayaan yg kekal iaitu di akhirat sana. "Ya Allah, berikan kejayaan kepada kami dalam ujian-Mu". Berikan kami  kejayaan dalam ujian-Mu, berikan kami kejayaan dalam ujian-Mu. Ameen Ya Rabbal 'Aalameen.

No comments:

Post a Comment