SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Thursday, April 11, 2013

SPM dan kesudahannya...?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malam ini, berdasarkan tajuk, kalian boleh agak tak apa yg bakal saya kongsikan?

Tanggal 21 Mac baru-baru ni, keputusan SPM 2012 telah diumumkan. Jika dulu semasa PMR 2010, abah turut sama ke sekolah tapi kini, hanya dgn mak nak tahu keputusan. Dah sampai tu, saya teringat dulu ustazah Pend. al-Quran dan as-Sunnah kata masa utk bertawakkal ialah semasa dtg ambil keputusan. Tika itu, penulis hanya berserah tanpa menafikan perasaan gelisah masih ada. "Ya Allah, engkau berilah ketenangan padaku biar apa pun keputusannya nanti", monolog penulis.

Lantas, kegelisahan terungkai. Pengetua umum pelajar yg dpt 11A. Dan saya tak tersenarai. "Tak apa", kata hati. Kemudian, pelajar yg mendapat 8A dan ke atas diumum seorang demi seorang. Dan Alhamdulillah, nama penulis dipanggil dan naik bersama-sama bonda ke pentas. ~Peace~ (tangkap gambar).

Saya turun dan ke belakang pentas, dan lihat pa yg tak A. Ya, subjek yg dulunya B semasa percubaan, Biology, English dan Physics. Dan yg dulunya B kini A, Chemistry! Lantas teringat kpd cikgu Aisyah, JUSA C. Syukur kpd-Nya. Saya kembali di sisi mak. Meneliti slip itu. Oh, baru perasan sedar A- rupanya. 4A+, 4A, 2B+ dan 1B. Kata mak, result tu elok la sebab tak dak A-, namun riak-riak kekecewaan saya sedra di wajah mak. Mungkin sebab saya kurang berjaya dpt semua A.

Ada lagi yg menyentap saya di slip itu.., Allahuakbar! Pend al-Quran & as-Sunnah dan B. Melayu tidak A+. Saya agak ralat dan kecewa di situ. Namun, apa yg boleh saya buat... Syukurlah seadanya..

Kemudian pelajar yg dpt 8A dan ke atas diminta ke pentas utk mengambil gambar.. ~peace~

Saya berjumpa dgn guru add math tunjuk slip kepadanya. Saya berasa gembira dpt hadiahkan A+. Guru itu tersenyum.

Kaki terus mengatur langkah berjumpa dgn guru physic. Ah, air mata bergenang kerana saya hanya B utk subjek itu! Namun, beliau pujuk dgn kata-katanya, "I know you have try your best, perjalanan masih jauh, kalau sekolah lain keputusan ni dah cukup baik cuma kat sini mungkin you nak compete dgn kawan-kawan. Semoga kamu berjaya kat luar. Jangan sedih sangat".

Kemudian penulis turun dari pentas dan berjumpa guru BM. Cikgu! Ah, air mata bergenang lagi x dpt hadiahkan A+. Sungguh, saya dpt rasakan cikgu sedikit kecewa. "Maafkan saya cikgu", monolog hati ini..

Saya jumpa dgn guru Biology. Ucapan tahniah saya rasakan agak hambar kerana hnya B+ utk subjek itu, adakah layak utk saya sambung perubatan, rezeki Allah tiada siapa tahu.

............................................................................................................

Saya tahu, walaupun mak tersenyum, ada juga riak kekecewaan pada wajahnya. Itulah yg saya bimbangkaan sebelum ini. Bagi saya, insya-Allah saya akan terima, cuma saya bimbang individu yg saya sayang berasa hampa. Walau bagaimanapun, saya tak nafikan perasaan sedih, ralat dan kecewa saya. Namun, saya dah tak boleh buat apa-apa. Itulah keputusan yg telah Allah tetapkan setimpal usaha saya. Mungkin keputusan itu yg Allah redhai. Mungkin jika saya dpt semua A, saya bongkak dan riyak lantas tidak mahu utk terus berusaha. Mungkin masih belum cukup usaha. Mungkin balasan atas dosa-dosa saya sebagai insan yg lalai ini. Mungkin saya cepat berputus asa dalam berusaha. Banyak hikmah di slip keputusan SPM itu.

Utk dpt 11A tidak mustahil. Saya tak nafikan itu. Dan saya dpt rasakan saya bukannya gagal tetapi saya cepat berputus asa utk tiga subjek B itu. "Ya Allah, engkau berikanlah aku pengajaran dan iktibar moga aku tidak lagi cepat berputus asa utk masa akan datang".

Suka juga utk saya kongsikan di sini apa yg guru Pend. Syariah Islamiyah pernah tuturkan. "Ustazah tak bangga kalau kamu A+ Syariah tapi berakhlak mazmumah. Biar B pun tak pa asalkan dia baik. Yang terbaiknya biarlah dua-dua A+(akademik dan akhlak).

Oleh sebab itu, biarlah saya tak A+ dalam bahasa Malaysia, namun saya mampu menggunakan bahasa itu dgn baik dlm kehidupan, pertuturan dan penulisan ini. Biarpun saya tak A+, tinta-tinta ini akan terus mekar dgn bahasa ibunda. Jangan sekadar A+ dalam bahasa Malaysia, namun kadang-kadang lebih orang putih dari orang putih. Bahasa sms terus digunakan hingga menyukarkan utk difahami, lantas mencemarkan bahasa kebangsaan.

Biarlah saya tak A+ dalam Pend. al-Quran & as-Sunnah, namun hukum-hukum tajwid yg dipelajari boleh diamalkan. Adab-adab dipraktikkan. Hadis-hadis dijadikan panduan moga tak terjerat dgn hadis palsu kelak.

Biarlah saya tak A+ Sejarah. Namun mampu menghayati perjuangan Tok Janggut dan pejuang-pejuang kemerdekaan lain. Tahu apa itu raja berpelembagaan dan apa itu negara demokrasi. Jangan A+ Sejarah, namun belum merdeka pemikiran dan mentaliti yang masih dijajah budaya Barat.



Hayatilah lirik di atas. Tak kira apa:


  • KEJAYAAN
  • KEPANDAIAN
  • KEKAYAAN
  • KECANTIKAN
  • KEMEWAHAN
Dan BAAAAAAAAAAAANYAK lagi, semuanya Allah yang punya, Pemilik Segala, andai DIA tarik semua, kita tiada apa-apa. Syukurlah wahai diri. Pada saya, cukuplah hadiah rasa kesyukuran daripada Allah sebagai hadiah untuk kejayaan ini. Moga-moga, SPM ini bukanlah kesudahan, bukanlah penamat, bukanlah penghalang, bukanlah alasan untuk kita berhenti menjadi hamba yang berusaha di muka bumi yang sementara ini. Insya-Allah.




No comments:

Post a Comment