SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Sunday, December 6, 2009

Jannah Ad-Dunya

Assalamualaikum.


Sekarang, saya berada di Pusat Internet. Di rumah, Internet tidak dapat digunakan sebab telefon pun tak boleh digunakan. Satu qoryah saya, telefon tak boleh digunakan sudah lebih dua minggu. Kata pak cik 'wiring', kabel elektrik kena curi. Masya-Allah. Macam-macam fe'el manusia ini atau dalam al-lughah-al-'arabiyah bermaksud insan. Ada seseorang berkata kepada saya kalimah insan berasal daripada kalimah 'nasiya' yang bermakna lupa. Manusia memang selalu lupa bahawa Allah sentiasa menyaksikan setiap 'amal perbuatan mereka. Mengikut hukum Islam, manusia yang mencuri, hukumnya adalah memotong tangan. Malah, Baginda Rasulullah S.A.W. akan memotong tangan Fatimah jika Fatimah mencuri. Namun, sebagai manusia biasa, saya dan penduduk qoryah harus redho dengan ketentuan-Nya.


Kini, saya sedang mengikuti kelas intensif bagi persediaan 2010. Masuk hari ini, sudah hari ke-6. Minggu depan habislah kelas intensif ni. Sekarang waktu istirohah. Selepas solat tadi, saya terus ke sini. Antara tujuan saya mengikuti kelas ini ialah dapat menambahkan 'ilmu pengetahuan saya. Daripada saya tidak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya mengisi masa terluang saya. Apabila saya sudah ber'ilmu, bolehlah saya 'amalkan dan manfaatkan 'ilmu yang telah saya pelajari. 'Ilmu tanpa 'amal ibarat pohon tanpa buah. Manusia yang paling baik ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Saya teringat sebuah hadis yang bermaksud, " Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus amalannya, kecuali 3 perkara, iaitu 'amal jariah, 'ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh". Oleh itu, saya ingin menuntut 'ilmu sebanyak-banyaknya dan ingin memanfaatkannya kepada diri saya sendiri dan juga manusia lain. Insya-Allah.



Kutub Kanah:


Qoryah =kampung

Fe'el =perangai

Al-Lughah AL-Arabiyah =bahasa Arab

Kalimah =perkataan

Istirohah =rehat

No comments:

Post a Comment