SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Thursday, December 10, 2009

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Telefon di qoryah saya sudah boleh digunakan. Tak perlu lagi saya pergi ke Pusat Internet. Kelas saya pun tidak lama lagi akan berakhir. Saya harap selepas tamatnya kelas ini nanti, saya mendapat sedikit sebanyak 'ilmu pengetahuan yang berguna. Apabila tahun depan, mu'allimin wa mu'allimat mengajar, boleh la cepat memahami sedikit. Insya-Allah.

Alhamdulillah. Abah dan Abang Zaki selamat tiba daripada Tanah Suci Makkah amsi. Mak, Abang Zakwan dan Adik Asyraaf serta seorang pekerja abah pergi menjemput mereka di lapangan terbang. Pukul 10 mereka sampai di rumah. Seronok juga malam itu. Nahnu bertukar-tukar cerita. Terasa hati ini begitu teringin menjadi tetamu Allah. Terasa amat rindu hati ini ingin berjumpa dengan Muhammad Rasulullah. Ketika berumur 4 tahun, Abang Zaki sudah berpeluang mengerjakan 'umrah. Ketika berumur 20 tahun pula, dapat menunaikan haji. Kadang-kadang, tak puas hati pun ada. Tak mengapalah. Saya berharap dapat melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan menunaikan rukun Islam yang ke-5 itu. Insya-Allah.

Selepas itu kami lihat apa yang mereka beli untuk kami. Ternyata sungguh banyak sekali. Sampai kena hantar guna pos sebab banyak sangat. Masya-Allah. Abah membelikan saya beberapa pasang jubah. Saya amat suka jubah yang berwarna hitam dan putih. Kelihatan seperti orang Arab. He..He.. He.."Syukron ya Abii." Walau bagaimanapun, saya bersyukur. Allah telah berfirman yang bermaksud, "...Hanya sedikit orang yang bersyukur." Saya sentiasa berdoa agar dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit itu. Ada satu sumber memberitahu saya bahawa kita akan menghargai sesuatu nikmat itu apabila kita kehilangannya. Memang betul. Nikmat Allah kepada saya, keluarga saya serta saudara -saudara seagama dengan saya, yang paling bernilai, berharga ialah bukan harta, bukan keseronokkan di dunia tetapi nikmat Islam dan Iman. Apabila Allah tidak mengurniakan dua nikmat ini, kita akan kufur. Na'udzubillahi min dzalik. Marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat yang dua ini dan berdoa agar Allah tidak mengambilnya kembali daripada kita. Insya-Allah.


Kutub Kanah:


Mu'allimin wa mu'allimat = guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan

Amsi =kelmarin

Nahnu =kami

1 comment:

  1. salam...
    perghh..post yg manthop!
    berfaedah2...siap da kamus bahasa arab...
    teruskn menulis ye!!~~

    ReplyDelete