SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, January 30, 2010

Liku dalam Perjuangan.

Assalamualaikum.


Saya diuji lagi. Sejak petang Rabu saya tak sihat. Mula-mula kepala saya berasa pening. Qobla pergi ke masjid, ba'da pulang dari masjid dan hingga ke malam, sakit kepala masih belum hilang. Ketika itu, saya tak makan apa-apa ubat. Tambahan pula, saya cukup liat untuk menelan ubat biji. Tak mengapa. Saya teruskan dengan perjuangan saya. Menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya. Apabila bangun mina an-naum pagi Khamis, saya berasa sangat sejuk. Badan saya suam. Tekak saya berasa sakit. "Ya Allah, peritnya ujian-Mu kepada hamba-Mu ini". Saya pergi juga ke sekolah dan berehat di bilik rawatan. Saya diberi dua biji panadol oleh guru bertugas.

Saya beransur sihat. Sangkaan saya meleset. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Saya kembali sejuk pada malamnya. Kepala saya juga berasa sakit. Jumaat ghodan ada ujian bulanan Pendidikan Islam. Belum saya baca lagi. Buku journal pula akan dikumpulkan. "Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk berjuang mencari 'ilmu," saya bermonolog sendiri. Malam itu, saya telan sebiji lagi panadol. Sudah saya tidak mampu lagi berperang dengan penyakit ini. Akhirnya, buku Pendidikan Islam ditutup. Hati ini berserah kepada-Nya apa yang akan dijawab esok. Begitu juga dengan journal yang belum saya siapkan.

Saya masih berasa badan kurang sihat. Namun, lebih kuat daripada semalam. Saya hadapi ujian bulanan Pendidikan Islam dengan persediaan yang kurang. Pada hari itu, ath-tholibat bait ath-tholabah dibenarkan pulang ke quro masing-masing. Sekarang, saya masih tak berapa sihat. Bersin, entah berapa kali dalam sehari. Tidak cukup dengan itu, setiap kali bersin, mesti ada cecair yang keluar melalui anfun.

Sebelum saya menerima ujian ini, saya telah lalui satu ujian. Tapak kaki saya bengkak. Entah kenapa. Jika saya dakwa bengkak itu disebabkan merentas desa hari tu, ini tidak logik sama sekali. Jika saya dakwa bengkak itu disebabkan gigitan penyengat atau tebuan, saya rasa saya tidak terpijak mereka. Lama-kelamaan, saya biarkan dan hilang dengan sendirinya tanpa meletakkan apa-apa ubat padanya. Segala pujian bagi Allah. Oleh sebab bengkak itu, maka beberapa harilah saya berjalan agak terhincut-hincut. Kadang- kadang, saya terus melangkah dengan laju tanpa memikirkan tentangnya.

Peritnya rasa apabila ditimpa musibah. Rasa tak selesa. Oleh sebab itu, sebagai manusia, kita patut bersyukur atas nikmat kesihatan yang dianugerahkan-Nya. Sesungguhnya, sakit itu penghapus dosa. Sebagai manusia, kita harus kuat dan sabar menghadapinya. Saya berasa sangat takut andai saya kalah dalam perjuangan ini. Memang benar kata-kata Mu'allimah Nor Asma bahawa perjuangan/perjalanan kita menuju najah bukan ibarat dihampar permaidani merah, sebaliknya ibarat sarat dengan onak dan duri. Oleh itu, marilah sama-sama kita memanjatkan doa kepada-Nya agar dikurniakan kekuatan untuk menghadapi dan meneruskan perjuangan memcari 'ilmu yang penuh berliku. Insya-Allah.

Kutub Kanah:

Qobla= sebelum

Ba'da =selepas

Mina An-Naum =daripada tidur

Ghodan =esok

Ath-Tholibat Bait Ath-Tholabah =pelajar-pelajar asrama

Quro =kampung

Anfun =hidung

Mu'allimah =guru perempuan

Najah = kejayaan

No comments:

Post a Comment