SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, January 23, 2010

Perjuangan...

Assalamualaikum.

Agak lama tidak saya coretkan di sini. Ini merupakan catatan kali pertama bagi tahun 2010. Mungkin kesibukan berjihad mencari 'ilmu membuatkan saya tidak dapat meluangkan masa di sini. Sodiiqot fi al-madrasah menyuruh saya menulis catatan seterusnya.

Madrasah saya baru sahaja selesai mengadakan Kejohanan Merentas Desa Tahun 2010. Maka, tiada lagi latihan, tiada lagi penat dan tiada lagi peluh. Namun, istiqomah perlu diteruskan untuk menjamin jasmani yang sihat. Itulah, kadang-kadang setiap kali merentas desa pada awal tahun, mula la nak rasa sakit kaki la, urat jadi cekang la, kekejangan la. Mana tidaknya, pada bulan Januari sahaja dikatakan melakukan riadhah ini. Pada bulan-bulan lain, masing-masing sibuk dengan pelajaran.

Begitulah yang terjadi pada saya pada usbu' pertama persekolahan. Semasa di rumah, tidak banyak bergerak. Apabila pergi ke sekolah, mulalah paha ini berasa cekang urat. Tambahan pula, saya tinggal di bait ath-atholabah. Turun tangga nak ke fasli, naik tangga pula nak ke fasli. Kadang-kadang, tertinggal buku di ghurfah, turun tangga nak ke ghurfah, naik tangga pula nak ke ghurfah. Apabila nak mula belajar, macam baru sudah mandi. Peluh.

Setiap hari petang Rabu, penghuni bait ath-tholabah diwajibkan ke masjid untuk menghadiri majlis 'ilmu yang disampaikan oleh al-mu'allimah Fauziah Bt. Sani. Mu'allimah sangat disegani. Zahirnya, cukup menggambarkan betapa banyak 'ilmu di dadanya. Walaupun kadang-kadang saya diganggu oleh musuh Allah, saya gagahkan juga mata ini untuk celik menerima sedikit 'imu daripadanya. Saya dapat rasakan sakinah wa farah apabila berada di dalam masjid mendekati seorang yang berilmu. Saya berharap dapat menjadi seperti mu'allimah dan akan dapat mengajarkan apa yang telah saya pelajari kepada semua lapisan masyarakat suatu hari nanti. Insya-Allah.

Kutub Kanah:

Sodiiqot fi al-madrasah= rakan-rakan perempuan di sekolah

Madrasah =sekolah

Istiqomah =tetap pendirian

Usbu' =minggu

Bait Ath-Tholabah =asrama

Fasli =kelas

Ghurfah =bilik

Al-Mu'allimah =guru perempuan

Sakinah wa Farah =tenang dan gembira.

No comments:

Post a Comment