SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Friday, February 26, 2010

Muhamad Habibullah

Assalamualaikum.

Hari ini 12 Rabi'ul Awwal. Tarikh junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W, habibullah dilahirkan. Menggamit lagi rasa rindu di hati ini. Perjuangan seorang insan dalam menyebarkan agama Allah amat besar nilainya. Pelbagai halangan, cercaan, tohmahan yang terpaksa dihadapi oleh Rasulullah. Namun, baginda tetap tabah dalam menyampaikan dakwah Islam.

Pada saat Rasulullah menghadapi ajal, baginda masih ingat akan kita semua. Ummati, ummati, ummati. Malah jika boleh, baginda mahu sakit ketika menghadapi maut umat-umat baginda diberikan kepada baginda. Subhanallah. Adakah kita semua sentiasa ingat kepada baginda??? "Ya Allah, tanamkanlah kasih sayang kami kepada Rasulullah."

Pada hari ini dan seterusnya, didiklah hati kita supaya sentiasa ingat kepada Rasulullah dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Siapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali."

Kini, Rasulullah telah meninggalkan kita beberapa alaf lamanya. Namun, baginda menyuruh kita berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah supaya kita tak sesat. Al-Quran merupakan kalam Allah yang akan menerangi kubur sesiapa yang selalu membacanya. Saya berharap dapat memahami lebih banyak isi kandungan al-Quran. Bagi as-Sunnah pula, apa yang saya faham ialah apa yang Rasulullah buat. Ikutlah sunnah baginda. Bukankah Rasulullah yang akan memberi syafa'at di akhirat nanti???

Muhamad. Satu nama yang tercatat di dalam al-Quran. Seorang lelaki yang dpilih oleh Allah untuk menyampikan wahyu untuk diri baginda sendiri dan umatnya. Begitu besar perjuangan baginda. Marilah sama-sama kita ber'amal dengan sunnah baginda. Mencontohi sifat-sifat terpuji baginda. Moga- moga mendapat syafa'at daripada baginda di akhirat nanti. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment