SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Tuesday, March 16, 2010

Semalam, Hari Ini, Esok dan Seterusnya...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, dapat lagi saya coretkan di sini. Amsi, 15 Mac 2010 bersamaan 29 Rabi'ul Awwal 1931. Al-Yauum, 16 Mac 2010 bersamaan 30 Rabi'ul Awwal 1931. Ghodan, 17 Mac 2010 bersamaan 1 Rabi'ul Akhir 1931. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Semakin bertambah hari, semakin dekat diri ini untuk bertemu Pencipta. Apakah yang dekat dengan kita??? Mati. Apakah yang jauh dengan kita??? Masa silam. Adakah kita tahu bilakah kita akan dijemput-Nya??? Adakah kita boleh kembali ke masa silam??? "Beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada hari esok dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi". Adakah pada hari ini saya lebih baik daripada semalam??? Adakah pada hari esok saya lebih baik daripada hari ini??? Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Mendapatkan keredhaan Allah merupakan salah satu tujuan manusia hidup di muka bumi ini selain beribadah kepada-Nya. Hasanah fi ad-dunya wa al-akhiroh aidhon diharapkan. Musibah adalah untuk menguji keimanan seseorang. Bukan sahaja kemiskinan, malah kekayaan juga merupakan salah satu bentuk ujian. Para sahabat zaman Rasulullah S.A.W gembira tatkala menerima ujian kerana ujian tersebut menunjukkan kasih dan sayang Allah kepada mereka. Apabila mendengar kisah Nabi Allah Ayyub 'alaihissalam ketika ditimpa satu penyakit, begitu sabar dan tabah Nabi Ayyub menghadapinya.

Kejayaan pada hari ini mungkin penghalang kepada kejayaan pada hari esok. Sebagai contoh, pelajar x mencapai kejayaan yang cemerlang ketika peperiksaan UPSR. Berdasarkan kejayaannya pada peperiksaan tersebut, dia lalai untuk terus berusaha litahqiq kejayaan yang seterusnya. Akibat daripada kelalaian dan kegembiraan yang berpanjangan, akhirnya dia tewas di pertengahan jalan. Perjuangan kita menuntut ilmu bukan hanya setakat UPSR, PMR, dan SPM sahaja, malah berterusan hingga ke liang lahad. 'Ilmu Allah sangat luas. Jika diambil air laut sebagai dakwat untuk ditulis, takkan habis 'ilmu Allah S.W.T.

Belajar bukan hanya untuk mengambil peperiksaan tetapi untuk di'amalkan. "Al-'Ilmu Bilaa 'Amalin Ka Asy-Syajari Bilaa Tsamarin". Marilah kita berusaha untuk memanfa'atkan sebanyak mungkin 'ilmu yang telah dipelajari. Manusia yang paling baik ialah manusia yang memberi manfa'at kepada orang lain. Marilah sama-sama kita berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi hari esok. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment