SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Wednesday, March 14, 2012

Hidup ni apa???

Salam duhai pembaca sekalian!

Sekarang dah bulan Mac. Dah tengah pun. Ujian penilaian 1 baru saja melabuhkan tirainya. Tapi, itu baru ujian, bukan lagi SPM 2012. Kalau mcm tu, x berakhir lagi la perjuangan, kan? Perjuangan berakhir???????????? TIDAK!!!!!!!! Perjuangan hidup tidak pernah berakhir. Selagi kita hidup, kita mesti usaha. Usaha apa ek? Berusaha utk menjadi hamba yg sentiasa mencari redha Sang Pencipta.

Pembaca yg Allah kasihi sekalian,

Kita hanya ada dua pilihan. Baik atau jahat. 'Cahaya' atau 'gelap'. Berjaya atau gagal. Bahagia atau seksa. Syurga atau neraka. Kalau macam tu, jika kita nak pilih seksa di neraka, maka jahatlah dan gagallah kita dlm menjalani kehidupan. Tapi, andai kata kita memilih utk hidup bahagia di syurga, maka baik dan berjayalah kehidupan. Biidznillah.

Usai solat, kita tak pernah lupa utk berdoa, "Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka". Sesungguhnya, kebaikan dunia dan akhirat amat didambakan oleh orang yg bertaqwa. Lebih-lebih lagi, hidup di akhirat kerana ia kekal tanpa perlu kembali ke dunia yg penuh pancaroba. Untuk mendapat dunia dan akhirat mestilah dipandu dgn ilmu.

Namun, JANGAN LUPA WAHAI DIRI!!!!

Dalam usahamu utk menjadi modal insan kelas pertama, untuk b'gelar individu berjaya, untuk mengecapi nikmat bahagia selama, untuk meraih syurga Pemilik Segala, pasti ada saja halangan yg perlu ditempuhi. Suka atau tidak, bersedia atau tidak, kau mesti tempuhi. Mengapa? Tambah pengalaman, hapus dosa mungkin. Hanya Allah yg lebih Mengetahui.


Syaitan, nafsu, sifat mazmunah yg menguasai diri menyebabkan engkau leka dan tewas wahai diri! Sedarlah! JGN dibuai mimpi lagi! Usah kau tertipu dgn dunia ni wahai diri! Tingkatkan iman! Bentengkan diri kau dgn mujahadah! Lawan arus dunia! Berjuanglah selagi dikau hidup. Matilah wahai jiwa andai kau gagal dlm perjuangan. Sama2 kita doakan buat diri yg mudah lupa dan muslimin seluruhnya agar tetap teguh menempuh perjuangan hidup. Semoga syurga menanti di sana...Insya-Allah.

1 comment: