SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Monday, March 26, 2012

Semua Itu Mematangkan!

Assalamualaikum.

Semua itu mematangkan aku! Itulah monolog hati penulis apabila b'depan dgn pelbagai laluan hidup di dunia ini. Cabaran! Dengarnya, sudah cukup utk m'buatkan manusia b'jiwa kecil takut m'hadapinya. Penulis tidak berniat utk m'bangga diri kerana acap kali diri ini kadang-kadang takut akan cabaran yg mendatang. Namun, aku tetap aku!

Teringat tadi, mua'llimah ilmu hisab m'beri penerangan tentang skema pemarkahan ilmu Allah itu. "Tiap2 tahun skema pemarkahan berubah, tapi cara kamu jawab jgn berubah, kamu tetap kamu".

Walau apa pun perubahan dan tanggapan sekeliling, usah kau berubah wahai diri! Teguhlah dgn prinsipmu! Biar dipandang aneh masyarakat, Hanya Dia yg Tahu!

Ada-ada saja insan mulia yg memanggil baik di kelas mahu di sekolah utk urusan peribadi atau pengurusan. Diri yg kerdil ini terpanggil utk menyempurnakan dgn secemerlang mungkin apa saja yg diminta yg semuanya bawah pemerhatian dan pengawasan 'Azza wajalla. Semoga setiap amalan kita walau sebesar zarah ikhlas kerana-Nya semata-mata.

Pengalaman yg dilalui amat berharga. Semua itu mematangkan. Mendewasakan. Tanpanya, hidup ini mungkin x seronok tanpa rintangan yg bisa di kenang setiap kali jatuh bangunnya diri.
Usah disia-siakan. Think positive! Walaupun kebenaran berpihak kpd kita, jgn terlalu memikirkannya. Ada byk lagi perkara yg lebih tinggi proritinya perlu diselesaikan.

Pembaca sekalian,

Berdoalah agar kita kuat menghadapi cabaran hidup. Jangan takut untuk berdepan dgnnya!
Kerana apa? Kerana semua itu mematangkan! Semua itu peluang! Peluang utk mematangkan diri! Peluang utk menambah keyakinan diri! Peluang utk meningkatkan ketahanan diri! Peluang utk mengaut pahala buat diri! Peluang utk meraih syurga Ilahi! Berdoalah wahai diri. Tundukkan ego dan sombongmu. Semoga dikau semakin matang wahai diri. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment