SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, February 20, 2010

Bermujahadah...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kali ini saya berpeluang lagi mencoretkan di sini. Bukan apa, macam ada satu perasaan yang menghalang saya. Cuti Tahun Baru Cina pun dah habis. Maka bermula kembali era perjuangan saya menuntut 'ilmu qobla menjadi srikandi pejuang agama, pembela bangsa, pemangkin negara, peneraju dunia!!! Semangat la pulak. Tak mengapa. Sebagai Muslim, kita mestilah mempunyai semagat yang tinggi untuk berjuang menegakkan deen Allah.

Pada hari Jumaat qobla cuti yang lalu, telah diadakan Majlis Aku Janji Pelajar Tingkatan 3. Maka, bermulalah era perjuangan saya bersama-sama sodiiqot untuk mengecapi nikmat kecemerlangan. Nahnu akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai target sekolah semata-mata kerana-Nya. Insya-Allah.

Saya berasa amat takut untuk kembali berjuang. Ada saja gangguan-gangguan yang menghalang saya daripada berbuat demikian. Misalnya, syaitan sentiasa mengganggu saya semasa mu'allimat sedang mengajar. Apabila mu'allimat selesai mengajar, serta-merta mata saya cerah semula."Ya Allah, inilah ujian-Mu." Adakalanya saya tewas jua dengan syaitan. "Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk melawan bisikan-bisikan yang mendatangkan kerugian kepadaku."

Cuti ini pun serupa. Niat di hati ingin habiskan waktu cuti dengan nasyath yang berfaedah sepenuhnya. Namun, sebaliknya yang berlaku. Walau bagaimanapun, saya berjaya juga menyiapkan beberapa kerja rumah. Alhamdulillah.

Apabila pulang ke bait ath-tholabah nanti, saya berhajat sangat mahu qiyamullail. Ketika insan lain sedang tidur dibuai mimpi, saya ingin mendambakan diri kepada-Nya pada malam yang sunyi. Ingin mengadu segala masalah ini kepada-Nya. "Ya Allah, kuatkanlah azamku ini untuk bertahajjud kerana-Mu."

Syaitan telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan anak-anak Adam. Marilah kita bersama-sama bermujahadah melawan syaitan laknatullah. Janganlah kita mengikut mereka ke neraka Jahannam. Moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya. Insya-Allah.

Kutub Kanah:

Deen = agama

Nasyath = aktiviti-aktiviti

Qiyamullail = bangun malam

3 comments:

  1. salam kak fatin..waah~! bangga saya dpt mengenali diri nur fatin afiqah ;D

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Terima kasih. Nama sebenar saya Fatin Nur Afiqah. Harap maklum.

    ReplyDelete