SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN,, ILMU YANG CETEK INI SEBAGAI USAHA KECIL UNTUK MENGAJAK KPD KEBAIKAN.. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT YANG BERGUNA DI SINI DAN MENGGAPAI REDHA ALLAH.. DENGAN IZIN-NYA..

Saturday, July 31, 2010

'Alaa Abwaabi Al-Imtihaan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga saya meluangkan masa di sini untuk terus menulis atau berkongsi serba sedikit 'ilmu yang berfaedah walaupun sibuk dengan peperiksaan yang akan menjelang. Ini merupakan catatan pertama saya untuk bulan Julai dan insya-Allah, ada satu lagi catatan selepas ini.

'Alaa abwaabi al-imtihaan. Di gerbang/pintu peperiksaan atau ujian. Ujian merupakan satu perkara yang mesti dilalui oleh insan di muka bumi ini. Setiap insan akan diuji oleh Allah dalam pelbagai cara. Sebagai pelajar, ujian bertujuan untuk menilai pelajar setelah belajar selama tiga tahun bagi PMR dan dua tahun bagi SPM. Cuba kita bayangkan susah payah kita belajar dan berusaha selama 2 atau 3 tahun, tetapi hanya diuji dalam masa 2 atau 3 jam. Berbaloikah usaha kita yang panjang itu dengan hanya menghasilkan 1 atau 2 A sahaja???

Saya dan sodiiqooti akan menduduki PMR. Bersedia atau tidak, demam atau sakit perut, PMR akan tetap kami duduki. Pelbagai ragam yang berlaku menjelang peperiksaan. Ada yang 'tension', menangis, menjerit, bergelak, tersenyum sendiri, 'mental illness' dan macam-macam lagi fe'el. Kadang-kadang, melucukan pun ada.

Teringat saya semasa di sekolah rendah ketika ingin berhadapan dengan UPSR, seorang al-mu'allimah berpesan agar mempersiapkan diri dengan secukupnya sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Peperiksaan ibarat peperangan. Latihan-latihan yang telah banyak kita lakukan samalah seperti kemahiran pejuang menghadapi musuh di medan peperangan. Nota-nota yang telah kita ingat umpama baju besi yang dipakai oleh pejuang. Pen, pensel, pembaris, pemadam, mesin kira dapat diumpamakan senjata yang digunakan oleh para pejuang.

Ragam peperiksaan...

Bila dah duduk di dewan peperiksaan,
Dapat soalan dia kelam mata,
Garu sini, garu sana,
Kertas jawapan tak tulis apa.

Ada pula selalu dapat nombor satu,
Ayam tambatan, harapan guru,
Hari periksa dia demam kepialu,
Berkecailah harapan ayah dan ibu.

Jaga tidur, jaga kesihatan,
Otak cerdas kerana sihat badan,
Kalau cukup tidur, cukup makan,
Waktu tak habis lagi, habis dah jawab soalan.

Sebelum baca soalan, ucap Bismillah,
Moga-moga dapat pertolongan Allah,
Jangan asyik nak pangkah-pangkah,
Nanti 'result' semua merah.

Kesimpulannya, nasihat saya buat diri saya sendiri dan calon-calon peperiksaan awam di luar sana, bersedialah secukupnya dengan persediaan yang betul-betul mantap agar dapat menghasilkan satu kejayaan yang cemerlang. Belajar bukan untuk peperiksaan sahaja tetapi untuk diamalkan 'ilmu yang telah dipelajari supaya menjadi umat Islam yang tersohor dan disegani di seluruh dunia serta mendapat redha-Nya. Pada 9 Ogos nanti, saya dan sodiiqooti akan menduduki peperiksaan percubaan PMR. Bagaimanakah persediaan kami??? Hanya Allah yang tahu. Semoga kami dapat melakukan yang terbaik seterusnya memberi gambaran yang positif untuk menduduki PMR sebenar pada bulan Oktober nanti. Insya-Allah. Man Jadda Wa Jada.

2 comments: